Tuesday, September 6, 2011

Peristiwa Ramadhan

Cuaca di sini teramat la sejuk (walaupun sekarang musim panas). Siku dan lutut aku kering dan mula berkerak sikit. So, pergi la ke health shop untul membeli lotion/moisturizer. Rambang mata dek kerana pelbagai produk dan jenama terdapat di situ. Aku tak suka yang berkrim, lebih prefer lotion, so aku capai je botol yg macam lotion. Was2 gak...betul ke lotion ni.

Tanya kat minah cashier tu..emmmm hampeh,macam ayam cakap dengan itik lagi. Aku buat body sign signal..acah2 botol tu kat lengan dan usap2 slowly. Dia angguk2 dan kata ja, ja, ja (sebut ya ya ya), sambil usap2 badan, dada dan lengan dia..yikes! teruja jap bulan pose nie hehehe. Kira confirm la betul tu. Plan nak guna lotion tu masa weekend je. Ye la kan, lotion tu bau semerbak, kalu aku pakai masa bekerja hilang la macho..keliling sumernya jantan. Kang jadi lagenda 1001 malam lak.

So, weekend pun tiba. Lepas mandi, siap berpakaian dan potong kuku, aku pun berehat di sofa depan tv. Rasa syok sesangat nak sapu lotion kat siku & lutut aku......

capai botol, picit, dan halakan kat lutut dulu. Bila cecair yang putih likat tu terjatuh kat kulit lutut aku, terasa sejuk...tergeleman aku sebentar hehehe.

Dengan cermat aku pun usap lutut aku perlahan-lahan, licin rasanya.....

Tiba-tiba....aikssss? pasal berbuih-buih nie? Aku usap dengan sedikit kelajuan...aiksss? pasal berbuih-buih makin banyak nie? Aku sental, aku tonyoh...buihnya makin menjadi-jadi. Haiya! ape ke hal ye ni!

Dengan perasaan curiga..aku capai botol lotion tu dan baca kembali labelnya yang tertera di depan : PFLEGEDUSCHE. (bahasa german). Ape ke jadah perkataan tu hah, detik hati aku.

Tak puas hati, aku buka notebook, google dan cari traslation software German - English.

Aku taip perkataan:

'PFLEGEDUSCHE'

kemudian:

'enter'

Ceiiiiii, yang aku beli benda allah ni buat apa. Potong stim betul...

.

.

.

.

'SHOWER GEL'

Zainin Shah Bahari
(Leipzig Deutschland, 22 Ramadhan 1432H)