Last week cuti sekolah tapi tak bawak budak-budak ke mana pun sebab gua pun baru balik rumah hari Selasa malam. Khamis dah raya haji, so tiba-tiba terfikir apa nak buat weekend tu. Gua pun bagi idea kat orang umah, apa kata kita pegi tidur satu malam dekat PD. Takde la jauh sangat, setakat 60km je dari rumah gua. Orang rumah terus bersetuju. So misi mencari hotel bermula seawal Jumaat tu..mula-mula nak pilih Avilion tapi terasa nak ada private pool, teringat ke Grand Lexis tapi pernah stay situ dulu masa dia dikenali dengan The Legend Water homes, then teringat pulak Lexis hibiscus baru bukak. Terus book through Agoda. MYR856 untuk Premium Pool Villa. Price agak mahal sebab peak season and last minute booking. Kalau weekdays maybe murah lagi dari ni.