Thursday, September 17, 2009

Siri Bertemu Dengan Jin

Penghujung 1998, time tu aku nak duduki SPM. Aku antara student yang enrolled Bahasa Arab Tinggi, time tu ade 4 orang je yang enrolled. Bahasa Arab Komunikasi pun aku enrolled jugak, tapi sebab tak mencabar sangat aku sign up la untuk Bahasa Arab Tinggi sekali, kompem la Arab Komunikasi tu dapat A1 punye. Hehe. Kerol Kadir, Anuar, Idris dengan aku la student2 yang mantop tu dalam kelas time tu. Tapi seyes beb, aku time tu bole cakap arab dah, tapi merangkak2 la sikit sebab nak pikir die punye nahu lagi balaghoh lagi. Setakat karangan pasal “Rumah impianku” tu selamba je aku karang sampai berjela2 dalam arab. Time tu mind dah setting nak sambung belaja kat Universiti Islam Madinah, kepala otak dah berangan2 tetiap tahun nak pegi buat haji, cuti semester pegi buat umrah. Indah jugak la impian aku time tu.

Oleh sebab 4 orang je yang enrolled, so Ustaz Jaafar dengan suka citanya buat kelas tambahan lepas isya’ dekat surau sekolah. Surau sekolah ni plak, tak silap aku la dkat 300 meter jugak la dari dorm kiteorg tu, tambahan lagi keliling surau tu hutan belantara je so macam2 la bunyian yang bole didengari datang dari hutan tu, jalan nak pegi surau tu pun bole tahan seram die, bkan jalan dah, denai je..surau kayu pulak tu..tade la besar sgt..kalu memalam duduk sesorang situ dalam gelap mau menangis. Ruang solat utama surau tu kalu tak silap aku ade la dalam 10 meter persegi je kot, yang belah belakang surau tu luas sikit la tapi ade atap je dinding sume tade. Dah 2 3 malam jugak ustaz buat kelas tambahan tu. Aku pun tatau apsal die buat kelas tambahan dkat situ, apsal tanak je gune kelas macam biasa..horror siot surau tu..

Kekadang kitaorg abes nak dkat pukul 1 pagi, tapi selalunya nak dkat kul 12 malam la..suke btol Ustaz Jaafar nak mangajar kami bahasa arab ni. Nasib baik pandai. Kerol Kadir lepas result SPM keluar, trus pegi Yaman sambung belajar sana tak ingat aku dia amik course apa, dah 8 tahun dah aku tak dengar berita die. Last sekali aku jumpe die time die balik Malaysia tahun 2000 kot, call aku suh fetch die kat KLIA..Apa jadi la mamat tu..jangan die angkat senapang pegi berjihad kat Gaza sudah..takpun dah join Osama ben Laden kot.

Anuar plak aku dpat contact die baru2 ni..keje dkat Janda Baik, jadi Warden. Sambil tu belaja sambilan kat UKM, course Syariah Islamiah kot. Die citer pas sekolah aritu die pegi Libya sambung belaja dkat sana setahun je..tak tahan duk sana, sejuk sgt sampai sakit tulang belakang. Bole la aku panggil die Anuar Libya lepas ni, macam Ustaz Ibrahim Libya tu yang kene bunuh, syahid, dengan kerajaan kat Memali dulu time rejim Che Det.

Idris pun penah jejak kaki kat Yaman, sekali dengan Kerol..tapi setahun je dah balik Malaysia lepas tu dah tade duit nak baya tambang balik Yaman, trus je duk Malaysia sampai skang..macam2 keje die pernah buat ever since, latest die keje as driver Limo KLIA. Pernah sekali aku menggunakan perkhidmatan die, lagi sejam suku nak boarding br sampai..cilanat btol..lepas tu bawak macam pelesit..tambang nak mahal2 aje..sib baik bole claim dengan company. And nasib baik dapat boarding.

Nak dipendekkan citer, ade satu malam tu aku dengan Anuar malas nak jalan kaki balik dorm. Jam pun dah menunjukkan nak dekat pukul 1 pagi, so kitaorg dgn selambanya amik keputusan tido dkat surau je malam tu. Tido dkat corner belah belakang area dewan solat tu. Orang kate kalu tido kat tengah2 dewan solat tu takut bangun nanti kat tempat lain pulak, yela dah kene angkat dengan jin yang datang nak tumpang semayang, die campaknye kite kat mana2 kang. Sudah. So kitaorg tido kat tepi penjuru surau. Gelap gelita surau, tak payah pasang kipas ke ape dah..angin dari luar pun dah sejuk. Kaki kitaorg ejas menghadap bertentangan dengan kiblat.

Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga, memamai sket, aku dengar macam ade orang tgh baca quran, then aku dongak sket kepala aku so bole nampak arah kiblat, dalam samar2 kegelapan tu aku dah ternampak lebih kurang 3 4 soff, semua pakai jubah putih, tengah solat. Mak aih berderau darah aku. Macam mana pulak malam tu mata aku ni di buka hijab pulak bole nampak jin tengah semayang. Aku cube tak menjerit, kang sedar pulak jin2 tu aku dah bangun dari tido, tanak aku pikir ape yang akan terjadi lepas tu. Aku mengesot sket rapat dengan Anuar yang tengah lena tu, suasana yang sejuk bertambah sejuk. Nasib baik tak nampak muke, sebab diaorg tgh menghadap kiblat ketidak tatau la apa dah jadi dengan aku. Aku cube tidur, dan mengharapkan jin2 tu bile dah abes semayang trus chow je, tak payah singgah2 angkat aku pegi letak kat tempat lain. Diletaknya aku dekat padang pasir kang, mampus. Alhamdulillah aku dapat tidur sambil mengharapkan subuh datang cepat pagi tu.

Subuh tu aku tak citer pun dekat Anuar, takut die ingat aku tipu die. Takut die ingat aku cube mencari publisiti murahan. Takut die tertawakan aku. Aku diamkan diri je cube nak lupekan kisah seram awal pagi tadi tu.

Lepas solat Ustaz Jaafar datang kat kitaorang..

“Hang ni apa laa..ustaz kejut pagi tadi qiamullail tanak bangun..pagi tadi ustaz bawak budak form 1 qiamullail..apa la hang ni..” sound Ustaz Jaafar dengan slang utara die tu..

Cinabeng….

1 comment:

MySha said...

kite penah dgr cite ni..=]