Monday, June 4, 2012

Cukup-cukup lah

Bulan ni memang buat poket aku berlubang besar. Last week, kereta aku over heat lepas je anta anak aku ke Nursery. Nasib baik dia over heated selepas tu..kalau sebelum tu memang masak.

Problem kat cooling water system kereta aku ni memang sejak aku beli kereta tu lagi, sejak 3 ke 4 tahun lepas. A few months after beli tu, kereta aku over heated on the way nak ke Genting (time tu abang aku pinjam). Expansion tank pecah. Abang aku setelkan. Orang duit banyak takde hal. Dia kene cekik sampai RM 1,200. Padahal expansion tank kalu tuka dekat kedai yang selalu aku hantar baru RM 700. Sejak dari tu memang aku dah perasan, yang piping dia pun dah mula ada rusty or karat-karat dekat joint. 

And then last year, kereta aku dapat satu simptom di mana bila kau over rev or bila naik bukit enjin akan lebih panas. Aku anta kereta ke workshop di Gombak, buruk workshop dia, credit card facility pun takde, tapi kat dalam semua BMW, Mercedes dan seumpamanya la. Ada la jugak kereta-kereta kebanyakan. Workshop recommended by forummer, susah jugak nak cari location for the first timer. Aku suruh die setelkan ada crack sikit kat expansion tank. Dia tuka expansion tank baru, servis radiator, tuka thermostat semua dalam RM 1,200. Tapi masalah cooling water system tu still tak setel tapi simptom tu hilang. Then aku bawak pulak pegi workshop kat Kelana Jaya, recommended by my friend. Mechanic dia cakap ini kene tuka the whole system (including radiator, hose semua) baru boleh setel. Dia quote harga paling kurang pun RM 2k lebih or maybe mahal lagi tapi tak sampai RM 3k. Aku suruh dia hold dulu. 


Last week selepas kejadian tu, aku terus suruh driver towing tu hantar kereta aku ke kedai yang selalu aku hantar kat USJ. Petang datang amik bayar tokey dia RM 1950. Problem solved. Radiator baru, hose sampai 5 jenis sume tukar baru, thermostat baru, almost the whole system la baru kecuali expansion tank tak tuka, dia kata OK lagi.

Bernostalgia aku kejap, before ni kereta yang sama buat hal kat air-cond system. tetiba air-cond tak sejuk. Kacau betul la. Kebetulan aku dekat Bangi time tu bawak kete ke satu kedai corner lot, besar bole tahan jugak. Budak malay sume. Aku suruh dia check kenapa, abes sume die geledah, ke compressor ke relay board just nak tau ada current ke tak pegi ke compressor tu. Susah payah aku tengok dia check kete aku tu. Lepas sejam dia come out dengan solution, tuka compressor baru. So dia quote Calsonic RM 2,200 siap pasang. Aku suruh dia hold, sebab takde duit. Malam tu terus bukak forum, cari satu india yang buat servis air-cond. Workshop dekat PJ belakang Shell. Aku bawak kete aku dia bukak hood, terus check compressor pakai some sort of multi-meter. Dia kata takyah tuka the whole compressor, just one part of it. Dia quote RM 400 je. Setel problem aku. 

Last weekend, aku anta another car of mine ke satu workshop kat Putrajaya, owner malay, mechanic malay, sume malay kot. Suruh service and check kenapa enjin gegar. Dia tanya nak pakai minyak apa, aku kata minyak apa-apa lah. Kereta ni dah lebih satu dekad umur dia, dalam 13 tahun kot. Dia kata ni kene tuka mounting, aku cakap dekat dia kalu sure itu cause dia so tuka la mounting tu. Bila dah siap dia call aku cakap ni kene tuka throttle body pulak kalau tak gegar tu tak ilang. Damn it. Malas aku nak bertekak aku cakap takyah buat. Aku pegi amik and baya RM 620 including RM 200 manpower. Peh, aku dah lama tak pernah nampak manpower charge kat dalam resit kalu bende kecik2 macam ni. Ini sampai RM 200. Last 2 months aku anta kereta yang sama servis kat workshop cina dekat-dekat opis tak sampai RM 100 and takde manpower charge pun. oil engine RM 65, oil filter RM 15 and bulb lamp RM 5. Itu aje. Yang workshop ni, oil engine RM 103 (Petronas Syntium), oil filter RM 15, gearbox oil RM 30, 4 mounting bracket RM 250 dan selebihnya manpower charge. Selama ni aku anta kete kat usual workshop aku takde charge manpower pun. Haha..

And kenapa pulak engkau nak pakai Petronas Synthium kat kereta aku yang dah lebih satu dekad tu? Damn it betul la. Bende ni macam kau beli satu selipar Crocs yang harga RM 100 semata-mata untuk pegi pasar.

Lepas ni memang aku tak anta situ lagi dah. Tobat!

No comments: