Pejam celik, pejam celik dah 77 hari aku dekat Saudi Arabia, lebih tepat lagi di Al-Jubail City. Oooo I miss my family! Ini outstation aku yang paling lama selama aku kerja setakat ni. Bila la nak balik ni? Kalau ikut visa expiry date, 26 June is my last day in KSA. By hook or by crook, aku kene keluar dari KSA pada date tu..kalau tak maybe kene masuk jail or blacklist by KSA imigresen. Tapi punye la celaka aritu time aku bagitau customer visa aku dah nak expired, boleh dia cakap "Don't worry Mr. Shah, we will extend your visa one more month". Hati dah berbunga-bunga nak balik terus layu.
So aku nak cite sket pasal kerja dekat sini. Customer aku adalah Samsung Engineering Co. Ltd dan plant end user is Saudi Aramco Total Refining & Petrochemical atau nama pendek dia SATORP. Site ni adalah site baru nak develop, Jubail Export Refinery, terbahagi kepada beberapa package..setakat yang aku tau package 2A,2B,3,4,5. Maybe ada package lain tapi aku tak sure. Aku skang di package 3 Aromatic Unit. My company supply 6 trains of compressor dekat package ni, two are steam turbine drive, three are motor drive and one is synchronous motor with planetary gearbox drive. Tetiap hari ada driver pick up dari hotel pukul 0620hrs and start keje 0700hrs sampai 1800hrs baru balik hotel. macam tu la rutin aku dekat sini kecuali hari Jumaat, sebab cuti. Selalunya aku duk bilik je, kalau tak tido, tengok tv, main internet yang slow macam gampang, bole dikatakan slow dari siput babi. Kalau ari cuti macam tu la gampangnya internet sebab sume orang duk gune. Bukan itu je yang aku buat, waktu cuti tu juga aku pegi semayang jumaat. Ada one time, sebab dah boring sangat aku pegi jenjalan ke Al-Khobar dengan sorang member Algerian aku kenal kat sini. Yang bestnya kalau nak pegi jenjalan mana-mana, kita bole mintak transport dari customer dan diaorang akan provide one vehicle la untuk our trip tu. Depend on the total of pax, kalau sikit dia hantar kereta, banyak sikit maybe van kalau ramai dia hantar bas.
Pic tu salah satu train yang kami kene commission. Actually baru 2 hari lepas kami buat turbine solo run atau we run the turbine uncoupled. After that we will install coupling then ready to do mechanical run test (MRT), we will run the turbine coupled with compressor. Lepas tu cuci tangan la..kira dah abes boleh concentrate kat train lain plak. Machine yang dah buat MRT, kitaorang takkan sentuh dah, sebab dah consider handover to customer. Any problem there on, customer punya pasal. Setakat ni baru 2 trains yang dah MRT.
Skang ni dah nak masuk musim panas dekat KSA. since a month ago dah start cecah 40DegC dan paling max pnah rasa ialah 46DegC. Dia punye angin yang bertiup tu rasa macam kau amik hair blower set kat medium pastu blow straight dekat muke korang..macam tu la rasenya. And kalau time humidity agak tinggi within 20% to 35%, just berdiri under the shade pun kau dah bole berpeluh-peluh macam baru lepas main futsal 30minit non stop.
Jubail city ni tade la indah sangat di pandangan mata kasar aku, sumenye coklat, ada la few building yang nampak moden. Bandar ni dibanjiri dengan pendatang asing, maklum la Jubail adalah industrial area..and orang arab ni pemalas sket, jenis tanak keje susah-susah. Aku rase paling ramai adalah orang India dan seumpamanya lah macam Pakistan, Nepal and Bangladesh. Kedua paling tinggi population dia adalah Pinoy. Bangsa-bangsa ni la yang memenuhi segenap ruang dan jalan-jalan di bandar ni. Dan paling celaka perangai orang-orang kat sini ialah suka buang sampah merata-rata, kau tengah jalan-jalan, mesti ada orang campak barang atas tanah, kat tengah jalan, orang buang dari kete. Apa punya perangai aku pun tatau..patut la bandar ni kotor nak mampus. Dan yang aku paling perasan aku tak pnah jumpe public toilet kat bandar ni. So kalau terbau hancing maknanye ada orang kencing kat situ la tu..seriusly beb, I saw with my own eyes, selamba diaorang je kencing kat tepi wall building. Aku gelar wall tu wall of pee. Lalu tepi situ hancing tak ingat punya.
Aku pernah dalam kereta on the way to Bahrain for my passport stamping, the indian driver pas abes minum mineral water tu and buang the empty bottle kat luar. Aku sound la dia "Do you have to throw it outside?". Dengan selamba dia reply "No worry..everyone throw garbage on the ground..this is Saudi Arabia..kacchara". Aku pun tak sure ni memang tabiat orang saudi ke atau tabiat orang luar yang datang sini terus jadi rutin harian sume orang. Pasal aku pnah je nampak pempuan saudi dari dalam kete buang sampah kat luar. Tapi Al-Khobar is far better than Jubail..more clean and civilized.
I feel like I'm living in a very huge rubbish bin!!!
Al-Khobar city, nice and clean
My Algerian friend, Choukri Hamel at Al-Rashid Mall Al-Khobar
View of the JERP #3 at 3am, we had to standby for turbine solo run.
No comments:
Post a Comment