Tuesday, July 30, 2013

Log Percutian: Philea Resort & Spa

Oleh kerana gua skang dalam mood nak pegi bercuti, mari kita sama-sama throwback percutian yang lepas. Gua kalau pegi bercuti, tempat penginapan nak kene number one. Baru puas hati! Kalau tempat penginapan pun macam sarang mat pit baik gua duduk diam-diam dekat rumah. 

When was this happened? : 13th to 15th November 2012 ( Sempena anniversary gua yang ke 4).
And where? : Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka (Click je kat situ jangan banyak tanya).


So, setelah berbalas-balas email dengan pihak reservation team dia, gua dapat satu deal "Family Package Gateway" dengan harganya RM 1700 nett. Jenis penginapan datang dengan package tu ialah Philea Suite. 

Our accommodation for two nights at Philea. Philea Suite. My eldest in the frame.

Ok itu baru gambar luar, jap lagi kita tengok gambar dalam pulak macam mana. Oleh kerana sebab dekat je dengan Bangi, so tak payah nak pening-pening kepala pasal transportation..we drove there! Before check in that day, we went to Melaka downtown first untuk jalan-jalan cari makan. Singgah dekat Melaka Parade dulu melantak Burger King. Dalam pukul 3pm baru check in. Resort ni senang je nak cari, dia dekat tepi highway plus E2. Exit Air keroh, lepas bayar tol depan sket few hundreds meter, ada signboard besar pusing kiri. 

Gambarajah menunjukkan kawasan luar main lobby Philea Resort. 

Sebahagian main lobby dapat dilihat dalam gambar di atas. 

Okeh lepas siap-siap check in, ada buggy service untuk antar guest ke bilik, maklum la kalau nak jalan kaki kat resort ni mau berpeluh-peluh. Kalau naik buggy jalan punye la jauh dia pusing, ada la dalam 10 minit baru sampai, tapi rupe-rupenye suite gua tu dekat je dgn main lobby. 

Perkhidmatan ni bole digunakan bila-bila saja, just call reception suh send one buggy terus ke bilik anda.

Jom tengok dalam bilik pulak macam mana..

Pardon the model. Tu tempat beradu beta, queen size je. 

Room desk and entertainment. 

Jamban dia ada TV jugak..sebelah tub tu ada shower area, floor dia ada batu-batu. Nak nampak nature la kot, macam mandi kat sungai.

Lagi gambar jamban. Bole tido dalam ni sebab best sangat. 

Petang tu sempat la sebat mandi pool kejap ngan my eldest. Pantang nampak pool..terus menggelepar nak mandi.

Nak jump ke tak ni..

Sebab masing-masing badan dah lemau malas nak keluar, kami tapau McD je on first night there, time ni tak boikot lagi. Itu pun gua jugak yang kene keluar beli, nasib baik dekat je. Lagipun kalau bilik best, nak keluar pun malas..duduk dalam bilik je enjoy. huhu! Satu hari makan fast food. Satu percutian yang tak sehat.

Esoknya lepas breakfast, kami singgah dekat Butterfly farm. Ok tiket dia adalah complimentary dari pihak resort and included in the package. Layan gambar lagi..

Breakfast dia tak berapa nak champion. Biasa je. Setakat ni masih lagi takde yang boleh challenge breakfast kat Pangkor Laut Resort. The boom!

Pintu depan dia. Farm ni sebelah resort tu je. Dekat bangat. Tapi pegi still naik kete.

Sebahagian rama-rama. Banyak gila..ni baru 0.01% je ni.

Posing manja wifey dan anak-anak.

Ikan pun ada dekat sini. Actually banyak lagi binatang ada dekat sini; harimau, ular etc. dah macam mini zoo. Words of advice, tak payah la bawak stroller kalu dtg sini. Tapi kalau anak yang insist nak duk lam stroller, tak dapek nak nolong.

On second day, we had our lunch at Asam Pedas Selera Kampung di alamat No G2 Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir 75000 Melaka. Ramai gila orang dekat situ. Menurut wifey yang peminat tegar masakan pedas ni..asam pedas kat situ takde la kick sangat. Biasa-biasa je katanya. Lepas lunch tah mana-mana tah kitaorang jalan-jalan. Dinner malam tu pun tak ingat makan kat mana. Maybe room service je kot. Tak ingat la. 

Last day, aktiviti biasa-biasa je. Lepas breakfast jalan-jalan sekitar resort amik gambar. Pukul 1pm macam tu baru check out. Pihak resort tapaukan set piknik untuk kitaorang. Set piknik tu memang included dalam package tu. Bole la buat lunch. Ada fruits, sandwich kot, cake and apa lagi tah. Dia bagi 4 set plak tu. Sapa yang nak makan..memang gua je la..hehe.

Belakang tu pool dia. Yang hujung sana, bukan yang belakang gua ni. 

Macam kosong je pagi-pagi tu. Ni sebelah lobby.

Jaywalking in between suites.

Suite gua atas puncak tu. 

Muke ngantuk nak tengok fish, kene paksa bangun pegi breakfast. 

Itinerary gua untuk percutian tu takde la menarik sangat sebab objektif dia nak merasa duduk kat resort ni je..Bilik gua boleh bagi 5 star la. Servis pun ok. Breakfast gua bagi 3 star je. Kalau nakkan ketenangan boleh la datang sini. All provided by nature, and also you can smell global warming.  

No comments: