Friday, August 23, 2013

Log Percutian: Langkawi Retreats - The Westin Resort & Spa


Papan tanda ni kau orang akan jumpe before sampai di lobi hotel untuk registration. Tempat dia memang secluded sket, tu yang buat syiok tu..Kalau kau orang drive, pegi arah Pekan Kuah dan amik arah Jetty, dan lepas Jetty tu straight je then jumpe tempat ni. 

Tempat lepak sementara tunggu gua check in.

Lobby counters.

Gambaran yang lebih luas lobby area.

Lepak-lepak di sofa. Ada drink free flow disediakan sementara tunggu diaorang buat keje.

Perkhidmatan agak cemerlang di sini, standard hotel mahal-mahal la..gua sampai terus drive pegi main lobby, dia ade dua lobby..lobby lagi satu tu macam takde function. Park depan lobby terus keluar kereta, concierge guy (bahasa melayu apa eh, kalau tanya google translate dia kata pekerja rencam, rencam pun gua tatau jadah apa) dia tau la nak buat apa..dia akan angkutkan sume beg-beg dan parkkan kereta tu. Rase cam bos. Every time nak keluar dan balik, brader-brader ni yang akan parkkan kete dan amik kete untuk kau. Masa check in, hotel receptionist tu akan briefly explain la the surroundings; pools, bar, restaurants etc.

Jom tengok bilik yang gua stay for 3 days 2 nights. Deluxe room with partial ocean view. Kalau ada anak baik amik double bed. Itu adalah oversized single bed. Besar dari biasa. So dua adults tu bole lagi la nak tido sekatil. 

Baby cot tu no charges.

The flat screen can barely see right?

Itu je sofa yang disediakan

Ada verandah, boleh lepak dekat luar tu. Disediakan a pair of chair and small coffee table.

Closet.

One of the bed. Sini dia famous dengan 'Heavenly Bed...' motto.

Amacam? Nice ke tak? ke nampak macam biasa je? Tapi gua tak puas ati sket sebab thermostat untuk aircond and controller kipas tu rosak. Yela, dah baya mahal-mahal, diaorang bukan nak check dulu bilik tu ok ke tak. Lepas complaint, diaorang dispatch technician untuk fix the problem. Macam palat jugak rasa. Orang nak rilek-rilek letih travel tadi, ada plak gangguan dalam bilik. 

Tak cukup dengan thermostat, kapasitor air-cond pun bole rosak daa..celaka sungguh!

Thermostat control and kipas controller. 

Lepas tu bukannya nak mintak maaf ke apa, dah la spend more than one hour dalam bilik tu..pastu diaorang spent lagi one hour nak tuka kapasitor masa kitaorang keluar untuk dinner. Bab ni pihak hotel memang tak professional langsung jaga kebajikan customer. Dah la, gua pun tanak amik ati sangat..

Biasa kalu gua pegi bercuti kat hotel-hotel ni, gua selalu jadikan Pangkor Laut Resort sebagai benchmark gua. Resort tu memang terbaek la setakat ni, takde lagi yang boleh chalen. Kebiasaannya breakfast. Pangkor Laut punya memang champion. Kalau dekat The Westin ni, bagi aku biasa je..gua rasa Holiday Inn pun lagi best. Dah la tempat tu tak spacious sangat kalau nak dibandingkan dengan jumlah guest, lebih-lebih lagi time peak macam minggu gua pegi ni. Sampai kene tunggu kejap la nak duduk sebab full house. Bukan gua je, ada la jugak dua tiga family pun kene..Patutnya improvise la sket kan..Improvise ikut suka la macam mana. 

Robot tu sampai Langkawi dia angkut ke hulu ke hilir.

Kejap yea, ibu tengah amik foods.

Itu je la yang gua berselera nak makan.

Youtube Transformer avid viewer.

Ini je la yang gua snap. Busy sangat uruskan anak-anak untuk breakfast. Tapi roti canai die memang legend. Best.  

Walaupun breakfast tak mengancam sangat, tapi ambient die mengancam. Dekat resort ni ada tiga pools. I mean swimming pool. Kalau kau orang ada anak-anak kecil macam gua ni, biasa satu pool tu je la yang kau orang akan melekat. Children pool. 

Overlooking Infinity Pool. Tak dalam sangat pun. Tak sabar nak mandi la tu.

Gambaran yang lebih jelas.

Children's pool. Gua abeskan masa dekat sini mandi manda. Takat buku lali je.

Muke happy.

Muke confius.

Kali ni tak payah nak ikut ke hulu ke hilir sebab tak dalam sangat.

Lagi satu pool dia, dengan dengan beach. Apa tah nama dia.

Ini macam natural sket la..ada boulders bagai.

Second day morning swim.

Best kan surrounding dia. Memang bagus lepak-lepak. Air pool dia agak sejuk jugak. Kalau dekat The Legend Water Village, now known as The Grand Lexis, dia punya air swimming pool dia warm sket, tapi pool still tak boleh chalen sini la. 

Jom tengok gambar lain pulak. 

Tempat-tempat lepak yang available dkat situ.



One of the restaurant. Twice a week ada BBQ kat sini. Tepi pantai ni. Ingat nak try aritu tapi kekenyangan makan di Hole In The Wall Restaurant, so tak jadi.

Ada few massage hut.


Beach takde orang mandi, macam ada something going on like pembaik pulihan.

Villa area.

Apa lagi nak cerita, gua pun tatau. Masa gua bercuti ni, Datuk Farid Ridzuan pun ada sekali dengan family dia. Ala bekas CEO TV3 tu, sekarang dah jadi pegawai media Najib Razak.

Hotel ni ada provide kereta sewa. Mini Cooper. Mahal nak mampus sehari beratus-ratus. Tak logik langsung. Banyak lagi kereta sewa kat Langkawi tu.

Bergambar dulu before balik. Breeze Bar, lobby area.

Damage gua seperti di bawah:

Deluxe Partial Ocean View - MYR 1,057.00 nett per room per night, inclusive of daily buffet breakfast for 2 persons
Rooms have a partial ocean view from the spacious private balcony, coffee table & two-seaters sofa, separate bath & shower. Total room size - 52 square meters.

So darab dua la MYR 2114 untuk 3 hari 2 malam. Biasa rate dia murah sket, tapi sebab peak, cuti sekolah bagai. Mendapat la. 

No comments: