Monday, March 17, 2014

Log Double Trouble: Training dan Berhibur di Tokyo

Lama dah gua tak mengarut dalam blog ni. Gua tengok ramai yang baca pasal percutian je, so gua rasa galak pulak nak menulis pasal percutian.

Gua agak busy 2 ke 3 bulan ni lepas balik dari Russia. Busy dengan travel ke Chiang Mai untuk regional meeting and team building selama seminggu dan lepas tu dipaksa ke Crailshem, Germany untuk penatkan otak dengan FAT, jugak seminggu. Tengah bulan Feb pulak gua menuju ke Tokyo untuk menuntut ilmu dengan orang Jepun. Dekat company ni kalau travel macam ni, meaning unchargeable travel - takde elaun ape ke jadah sume, cume lu makan, laundry dan hotel boleh claim je la. Tak untung orang kata! Mengabihkan duit lagi ado la. Tapi skang ade dekat Mangalore India untuk paid job. Probably my last assignment in this company...ngeeeee~~. Yes, gua bercadang nak resign.


Ini dekat Khum Khantoke Restaurant Chiang Mai. Bole request halal food. Disclaimer - Pelayan tu bukan tuangkan untuk gua, biasa la keje dengan orang kapir bende-bende macam ni tak boleh nak dielakkan. 

Bergambar kenangan depan building Voith bersama customer and supplier (Voith). FAT untuk project kat India. Elliott crews ade 4 orang je situ; PM (Indian back row left), FS Director (Japanese), Project Engineer (The tallest Swiss guy) and last but not least yours truly (Macai). Actually ade lagi 3 Elliott crews takde dalam gambar datang dari US. 

Eh gua nak citer pasal trip gua ke Jepun, yang atas-atas ni appetizer je ok. So 16hb Feb aritu gua bertolak ke Jepun dan duk sana hampir 3 minggu. Actually trainingnya 2 weeks je, tapi gua amik cuti lagi seminggu untuk pusing-pusing Tokyo. Kali ni gua bawak family. Ini kali ke empat gua datang Jepun, sebab tu gua ajak bini dan anak-anak datang sekali tengok-tengok negara orang. Kalu outstation untuk job memang susah nak bawak family. 

Kali ni company kedekut sket bagi gua fly dengan ANA bukan SIA macam selalu selalu. ANA ni die punye setan die, baggage berat max cuma 23kg. Biasa flight kalu travel lebih dari sorang ko bole la combine weight so bawak satu luggage bole capai max ke 60kg for international flight for 2 pax. Di ANA walaupun ko lebih dari sorang, satu luggage tu tetap kene 23kg..gampang tak? Actually ni kene masa gua nak fly out dari Tokyo to Singapore. Time tu gua berempat including wife and my 2 kids (one of them still infant below 2 year old). Gua nak check in 2 luggage, so kalu ikut macam flight lain combine total tu dah 69kg for 3. One of the bag dah lebih 27kg, so dia paksa gua keluarkan barang sket dari situ - menyumpah2 gua kat awek counter tu, tertunduk-tunduk dia sambil bebel "komenasai..komenasai"!! Taktau la kalu ada airline lain yang ikut rules gampang cani jugak. 

Kita layan gamba time training dekat kilang Ebara dulu.....

Extraction steam turbine casing. Lu orang bole berdiri dalam exhaust end tu.

Agak impress Ebara factory ada wind turbine sendiri to generate power. Ni turbine generates dalam 1.5mw.

Ini time jalan-jalan ke Tokyo under "Japan Cultural Training". Bergambar dengan Elliott China and Elliott Japan.

Tengah practical disassemble trip and throttle valve.  

Factory terletak kat Nagaura, Sodegaura-shi dalam daerah Chiba-ken. Lebih kurang 45 minit naik bas kalau nak pegi Tokyo lalu Aqua line, highway bawah laut melalui Tokyo Bay. Family gua datang on the last day gua punya training, so lepas training gua cuti sambung jalan-jalan kat Tokyo. Family gua flew to Haneda Airport naik Air Asia. Kalau nak dekat ngan Tokyo mendarat kat Haneda adalah satu tindakan yang bijak, sebab Narita jauh gile about 70km dari bandaraya Tokyo. Wife travel dengan 2 kids - memang tere. Gua jemput kat airport dan terus check in kat hotel MyStays kat Hamamatsucho. Location hotel ni memang terbaik, dekat ngan subway, JR line, monorail dan bus terminal. Kalau lu nasib baik dapat bilik mengadap Tokyo Tower. Yea, pegi Tokyo Tower jalan kaki je. 

First day, bawak pegi Odaiba - Aqua city.



Ni view bilik gua, tak best! Tokyo Tower the other side.

Tak sahkan kalau tak datang sini. Dekat sini ade lagi satu Disney Sea. Kalau kanak-kanak better bawak gi Disneyland la.



Diaorang ni sampai Fri night and the next Thursday baru balik. Almost a week jugak la. Tapi that week banyak hujan plak, nasib baik isnin dan selasa tak hujan so bole gi Disneyland and jalan jauh sket. Untuk kesenangan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, gua beli Suica card, bole guna untuk naik train and bus. Card ni kene top up la! Untuk itinerary cam gua isi dalam 4000 ke 5000 yen dah cukup untuk seminggu tu. 

Gua just pergi Odaiba on the first day - dekat situ banyak shopping complex and ada ferris wheel besar macam london eye tu. 

Second day gua ke Akihabara also known as Electric Town - Sume barang-barang elektrik ada kat sini, anime manga, gundam, other toys...pengsan! Then menuju ke Asakusa, ada sensoji temple and tempat jual-jual souvenir. Kalau jalan depan sket bole sampai sky tree.

Third day, sunny day gua bawak gi Disneyland and lepas tu lajak depan sket ke Chiba pegi Kaihimmakuhari. Kat situ ada satu Mitsui Outlet, tapi tak besar sangat.

On the fourth day kami pergi Mitsui Outlet di Kisarazu untuk shopping naik bas dari Hamamatsucho World Trade Centre. Belah malam pegi Tokyo Tower and beli souvenir.

Fifth day just went to Roppongi Hills beli souvenir kat Hard Rock. Ingat nak pegi Shibuya tapi malas plak and hujan pulak tu. 

Second tallest structure

Tokyo Station - underground die besar gile. Ni dari west entrance.

Emperor Palace - Walk west from Tokyo station. Itu mungkin pondok pak gad.

Sebahagian scene di Akihabara.

Sensoji Temple di Asakusa.

Highest structure - Skytree

Total damage = unknown! Sebab tak track down. kalau roughly macam bawah ni la..

Airasia X travel to Tokyo - sebab wife travelling alone with 2 kids, gua belikan premium seats. Selesa sket and flat bed. Meals 2 times complimentary. S$1,848.21 (gua baya pakai debit card maybank sg). Mahal sket je dari economy class MAS. Tiket for 1 adult, 1 children and 1 infant.

Tiket ANA dari Tokyo to Singapore untuk orang yang sama di atas sebanyak S$1,996. Tiket gua company yang baya la.

Tiket dari Singapore ke Kuala Lumpur Airasia - RM 710.47 including gua.

Train and bus fare untuk seminggu kat sana dalam 8000 to 10000 yen la. Kat sini naik taxi mahal nak mampus. Gua 4 kali naik taxi kat situ. Dari Haneda airport to Hotel 6700 yen. Dari Odaiba balik hotel 3600 yen and dari Tokyo station ke hotel 1800 yen and hotel ke Tokyo station 2000 yen. Ada budak Elliott China sampai Tokyo midnight so train and bus memang dah takde, dia amek taxi pergi Nagaura kene 27,000 yen..haha! 

Makan kalau dekat kedai between 1000 to 4000 yen la. Tengok apa kau makan la. Kami bawak berahim, so selalu dinner kat bilik je. Pergi family mart beli nasi and sup ke makan dengan berahim. Jimat sket..Paling mahal makan kat Rasa Malaysia dekat Ginza.

Disneyland - 12,400 yen untuk 2 adults and 4,100 yen untuk 1 kanak-kanak. 4 tahun ke atas je kot yang kene baya, below free. Tiket adalah 1 day passport. 

Lain-lain collateral damages tu shopping la yea.

Oh lupe hotel. Gua book dari www.booking.com. Hotel Mystays Hamamatsucho. 63,745 yen untuk 6 malam. Bilik with queen size bed.

Some rujukan: www.jorudan.co.jp/en for train route. 

No comments: