Aku sedang duduk di bangku di
kawasan menunggu di bawah helideck. Dah 3 minggu aku di pelantar F6. F6
terletak di Laut China Selatan di satu kawasan yang di kenali sebagai Central Luconia - kawasan tu diuruskan
dan dikendalikan oleh Sarawak Shell
Berhad. Ia kira-kira 200 kilometer dari Miri dan kira-kira 80 minit perjalanan
dengan helikopter. Kalau dengan fast crew
boat, mungkin dalam 8 jam atau lebih. Memang muntah hijau kalau dengan
boat.
Waktu tu tahun 2007 bila aku terlibat
dengan Projek Rejuvenasi F6. 3 minggu di pelantar luar pesisir boleh dianggap
melampau, sekurang-kurangnya bagi aku yang non
regular crew ni atau kebiasaannya dipanggil vendor, dan aku betul-betul tak sabar nak balik. Regular crew ada rutin tetap seperti 2
minggu di pelantar dan 2 minggu di darat, dan itu rutin mereka selama mana
mereka bekerja di situ. Aku tak ada rutin tetap sebab aku berada di pelantar
atas permintaan dan bila aku pulang ke darat, aku masih perlu ke ofis dan
bekerja.
Bagi sesetengah Jurutera Lapangan
atau Field Service Engineer, mereka
tak perlu ke ofis bila pulang dari site.
Mereka terus pulang ke rumah dan berehat sehingga dapat panggilan untuk ke site seterusnya. Syarikat seperti Schlumberger, Halliburton, Baker Hughes, GE,
Siemens dan banyak lagi yang mengamalkan sistem seperti ini untuk Field Service Engineer mereka. Tidak
bagi Yokogawa.
Sedang menunggu helikopter datang,
aku didatangi oleh Radio Operator. Beliau
bertanggungjawab untuk segala komunikasi atas platform tersebut. Jika mahu
menempah tempat duduk dalam helikopter untuk pulang ke rumah, ini lah orang
yang perlu anda jumpa. Aku pasti dia lakukan banyak perkara lain selain daripada
hanya mengambil tempahan helikopter.
“You Shahizrul dari Yokogawa ya?”
“Ya bang!”
Hati aku dah mula resah gelisah
sebab takut kene bounce. Bounce ni
term bila kau punya seat chopper kene
reject. Seat direject boleh jadi
atas beberapa sebab; chopper dah
terlebih muatan, nak bagi laluan kepada VIP ataupun nak bagi laluan pada orang
yang ada emergency. Kebiasaannya non
regular crew yang akan kene bounce dulu. Takkan dia nak bounce orang sendiri kan? Memang tak.
“Nanti
chopper akan mendarat kat E11, and you kene turun kat situ. Tadi dia orang call
mintak you turun situ, ada problem katanya.”
Sangkaan aku meleset, ini lagi
teruk dari kene bounce. Dengan
serta-merta perasaan gembira nak balik rumah hilang bila dengar kata-kata tu.
Setiap offshore men tahu waktu yang
paling gembira adalah waktu nak pulang. Bagi vendor macam aku tak boleh sesuka hati nak balik bila-bila. Keputusan
nak balik tu terletak atas budi bicara pengendali aku di pelantar secara mutlak.
Sebab dia sign aku punya timesheet maa. Timesheet means money.
Dah 3 minggu aku kat F6, dan sekarang
dia orang nak lanjutkan penginapan aku di pelantar lain pula. First thing first, macam mana la dia
orang tahu aku ada kat F6.
Aku suspect dia orang mesti call ofis. Dan aku suspect mesti bos aku yang pecah rahsia!
“Dia ada cakap ke problem apa?”
“Takde. Dia orang
just mintak you turun situ aja..good luck ya!”
Aku memang perlukan luck tu.
Sedikit getaran dapat dirasai
ketika di dalam Sikorsky S-92. Aku sebenarnya
tak begitu teruja sangat nak terbang dengan chopper
ni lebih-lebih lagi sebelum tu dah ada dua kes helikopter terhempas sejak aku
berkarier yang mana salah satunya melibatkan rakan sekerja aku di Yokogawa. Nasib baik dia selamat dan lepas
kejadian tu dia tak pernah lagi jejakkan kaki ke pelantar luar pesisir. S-92 adalah helicopter baru dan dekat pamphlet di poket depan ada tulis
sesuatu yang mungkin sedikit sebanyak dapat legakan perasaan takut naik chopper.
S-92 BUILT FOR BAD WEATHER.
Walaupun begitu, ia masih tak
menghalang aku daripada berfikir tentang apa yang dah berlaku di E11. Problem
apa yang besar sangat sampai dia orang boleh tukar manifest penerbangan pada saat-saat akhir supaya aku boleh turun
kat E11? Itu aje yang asyik bermain di
benak fikiran aku. Setahu aku hanya kecemasan je yang membolehkan ni berlaku.
Penumpang lain masih fikir chopper akan terus terbang ke Miri. Mereka
tak tau hanya aku dan pilot saja yang
tahu yang chopper ni akan mendarat di
E11 dalam beberapa minit lagi.
Masa aku berjalan di lorong melepasi
penumpang-penumpang lain untuk turun, aku boleh nampak raut wajah mereka yang
kebingungan dengan flight diversion
yang tak disangka ni.
“Sorry semua sebab buat korang lambat sampai
Miri”
Aku cuma berbisik di hati je sambil
melangkah turun tangga chopper. Ia
sama sekali bukan salah aku, tapi perasaan bersalah tu tetap menerjah.
Aku tunggu di waiting area untuk lihat chopper take off dan hilang di kejauhan
menuju ke Miri. Lebih kurang 40 minit lagi mereka akan mendarat di Miri dan menuju
ke haluan masing-masing untuk celebrate
hari rehat mereka.
Aku pula memulakan langkah masuk
ke living quarters untuk jumpa medic, layan video briefing dan letak luggage
dalam bilik. Selepas tu bersiap
sedia untuk berperang dengan entah apa problem
yang membuatkan aku berada di sini.
E11 Rejuvenation Project adalah projek luar pesisir aku yang
pertama dan juga pelantar luar pesisir yang pertama kali kaki aku jejak. Masih
aku ingat perasaan teruja first time
nampak pelantar minyak setelah 6 jam dalam boat
dan 2 kali muntah. Aku terbaring
longlai dalam boat masa dah sampai E11, dan waktu pun dah malam. Tapi bila
keluar aje dari kabin boat, terus
segar sebab teruja nampak pelantar dipenuhi dengan cahaya lampu dan flare. Konvo bulan July 2005, join Yokogawa bulan August, December dah pergi
offshore.
E11 Offshore Complex boleh dikatakan offshore complex yang paling besar di Malaysia. Rangkaian Distributed Control System di main control room pelantar E11 adalah yang paling rojak yang aku
pernah lihat; Centum CS (Unix based),
Centum CS3000 dan Emerson DeltaV.
Lepas makan kejap dekat galley, aku pun terus turun ke main control room. Biasanya bilik
kawalan ni berada di module yang sama dengan living quarters, so tak perlu la aku nak jalan jauh-jauh.
Sesetengah pelantar gas yang ada poisonous
gas macam H2S, bilik kawalan
mereka integrated dengan living quarters.
Contohnya pelantar B11, M1 dan M3.
“Woi..lama aku tunggu kau nak sampai.”
Jerit Abang Musa bila aku
melangkah masuk control room. Kalau
aku tak silap, dia Production Supervisor
or maybe Lead Operator. Aku pun tersengih-sengih la buat macam tak bersalah.
Tapi memang tak bersalah pun. Padahal dia mesti tahu yang aku dah sampai bila chopper mendarat tadi. Tah-tah dia yang mintak
divert chopper tu.
“Aku ada problem besar ni..”
“OK2, cuba bagitau
apa yang dah terjadi ni.”
“Malam
tadi kitaorang ada power outage kat F13W. Bila power dah recover balik,
kitaorang startup process semua tapi data kat F13W semua tak dapat monitor la.
Value kat OPC Data Manager yang dari sana semua freeze. Ada Operator sorang kat
sana skang”
F13W adalah salah satu dari remote and unmanned platform yang
dikawal oleh E11 complex. Shell memang
design platform tu untuk beroperasi
tanpa Operator. Seluruh F13W boleh dikawal dari sini. Kalau
dengan boat, seingat aku ambil masa
kurang sejam nak sampai sana dari E11.
Sekarang ni ada sorang operator dekat
sana untuk troubleshoot problem ni.
Aku suspect dia dah buntu, tu sebab mereka
perlukan aku. Rasa macam hero plak.
Lepas godek-godek sikit OPC Data Manager, aku terus tahu masalah dia. Perangai
OPC Data Manager and OPC servers ni
memang aku dah faham sangat. Bila ada power
outage macam ni, aku kena restart balik the
whole OPC communication system dengan sequence
yang betul. Kalau tidak dia terus bingung macam ni la.
Aku ambil telefon dan dial nombor F13W.
“Hello! Ni Shah
dari Yokogawa.”
“Hello bro, aku
tengah standby je ni.”
“OK
mula-mula aku nak kau restart balik semua OPC Servers for subsystem, just nak
refresh balik server service dia, just to make sure semua up and running. Bila
dah semua dah up, call aku balik.”
“OK!”
Macam student and teacher, dia menurut je arahan aku. Selang 5 ke 10
minit, telifon bordering.
“OK bro, semua dah up.”
“OK thanks!”
Aku pun memulakan proses reboot untuk OPC Data Manager stations. Ada dua stations, satu demi satu proses reboot
dijalankan. Proses ni amik masa dalam 10 minit je paling lama pun.
Wallah! Semua value nampak healthy
and good in OPC Data Manager. Aku inform
Abang Musa and minta dia verify data kat
DCS semua betul. Dia bagi tanda good.
“So setel?”
“Setel la, jap,
aku call RO book chopper untuk kau.”
Muka kembali bersinar, sebab
dapat pelepasan untuk balik. Dalam hati aku menjerit kegembiraan. Mungkin petang
ni ada chopper dari mana-mana platform yang dia boleh divertkan untuk aku.
“OK dah setel, chopper hari Khamis.”
“HAH!!! Hari Khamis?
Lagi 3 hari tuuuu.”
“A ah, itu je yang ada. Boat semua takde. Paling cepat
hari khamis kau boleh balik, ada crew change. Ala kau duduk je la sini 3 hari,
easy money maa”
Jilake! buat kerja setengah jam je, duduk laut sampai 4 hari.
Betul-betul bercuti ni.
No comments:
Post a Comment