Tuesday, April 17, 2012

Contemporary home in Tokyo, Japan


Asalkan ada space..bole jugak die buat rumah kat situ.
Bila la agaknya Malaysia nak jadi macam ni..huhu.

Tapi sebenarnya agak cool jugak design die tu. Dalam gambar nampak agak spacious jugak ruang dia tu. Cukup la untuk satu couple with one child. Kalau bagi kat orang miskin yang homeless yang ada 10 orang household pun diaorang dah bersyukur sangat-sangat kot ni.

Untuk lebih lanjut, baca sini.

Tuesday, April 10, 2012

Nostalgia Nasi Campur

Membaca tulisan Tukar Tiub membuatkan aku nak bernostalgia juga tentang harga nasi campur. Masih lagi aku ingat ketika belajar di universiti dulu, harga nasi campur dekat 'village' kediaman aku adalah RM2. Nasi berlaukkan ayam goreng dan sedikit sayur.

Dan itu adalah sekitar tahun 2000 hingga 2003, di Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Aku tertanya-tanya, berapakah nilai nasi campur di situ sekarang?

Kini aku bekerja di Shah Alam, secara tepatnya, di kawasan Perindustrian Bukit Jelutong berhampiran TTDI Jaya. Secara puratanya harga nasi campur di sini untuk makan tengah hari adalah dalam lingkungan RM 6 hingga RM 10. Tidak pernah kurang dari RM 6. Jika keadaan berterusan begini, adakah harganya akan 'maintain'?

Baca tulisan TT di sini.

Tuesday, April 3, 2012

Pinoy take over Esso Malaysia

After ExxonMobil International Holding disposed its entire stake in Esso Malaysia, all their executive directors resign from their post and filled up by Petron and San Miguel directors mostly Philiphine citizens.

The 65% stake of ExxonMobil bought up by San Miguel Corporation's unit Petron Oil & Gas Sdn Bhd last Friday.

Now, here's the catch, one of the director of San Miguel is Mirzan Mahathir, the eldest son of former PM of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad. One by one Mahathir's sons taking over the oil & gas businesses here in Malaysia. Everyone knows that the other son, Mokhzani is own Kencana Petroleum.

For further details of the news: Read here

Wednesday, December 21, 2011

New resolution

After exactly 9 months in AviComp, now I am with new company, Siemens. Located in Petaling Jaya Selangor.

The end.

Friday, December 16, 2011

Tak ke bangang tu..

Tadi solat jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC, khutbahnya bercerita pasal solat jumaat. Cerita kelebihan solat jumaat, syarat sah solat jumaat, apa yang perlu dibuat apa yang tidak boleh dibuat..semua-semua la yang berkaitan dengan solat jumaat.

On my first impression, Masjid ni dah abes tajuk khutbah ke? Aku dah rasa macam tengah belajar subjek pendidikan islam dalam kelas sekolah rendah pulak dah. Tazkirah before azan zohor tu lagi mantap bagi aku..bercerita pasal hudud, abes dihentamnya video sembang rakyat tu..video yang memperlekehkan hukum hudud..orang islam pulak tu yang perlekehkan..nauzubillah..tapi khutbahnya tadi dalam english, so bole up sikit rase macam tengah dalam lecture kat universiti..huhu.

Tapikan on second thought, bagus jugak khatib tu bagi penerangan pasal solat jumaat ni..educate sikit 'budak-budak KL' ni..aku rase khatib tu memang sengaja nak kasi khutbah pasal ni, sebab rata-rata aku tengok kat keliling aku ni macam tatau adab nak solat jumaat. Yang belah kiri aku tadi asyik duk berbbm je dari die duduk sampai la tengah nak buat saf nak solat..siap time khutbah bole jawab call pulak..yang tak tahan tok imam dah takbir dah die tgh bbm lagi..agak-agak la bro, orang lain pun bercinta jugak..yang awek die pun satu, dah tau bf nak solat,tinggalkan la kejap..paling lama pun sejam.

Tapi yang paling usual, orang borak-borak..yang kat belakang aku dah macam pasar malam. Kalau budak-budak sekolah rendah tu takpe la jugak, boleh dimaafkan..ini bapak-bapak budak, bukan bodoh-bodoh, kerja hebat-hebat belaka..tau la area-area tu semuanya company-company besar, company-company gas dan minyak..jenis yang ada english education. Tapi khatib tengah bagi khutbah dalam english buat-buat tak paham pulak. Aku memang tak paham dengan perangai diaorang ni..Kan cakap jahil marah pulak, tu yang jadi macam orang dalam video sembang rakyat tu..

Bangang!!

Tuesday, September 6, 2011

Peristiwa Ramadhan

Cuaca di sini teramat la sejuk (walaupun sekarang musim panas). Siku dan lutut aku kering dan mula berkerak sikit. So, pergi la ke health shop untul membeli lotion/moisturizer. Rambang mata dek kerana pelbagai produk dan jenama terdapat di situ. Aku tak suka yang berkrim, lebih prefer lotion, so aku capai je botol yg macam lotion. Was2 gak...betul ke lotion ni.

Tanya kat minah cashier tu..emmmm hampeh,macam ayam cakap dengan itik lagi. Aku buat body sign signal..acah2 botol tu kat lengan dan usap2 slowly. Dia angguk2 dan kata ja, ja, ja (sebut ya ya ya), sambil usap2 badan, dada dan lengan dia..yikes! teruja jap bulan pose nie hehehe. Kira confirm la betul tu. Plan nak guna lotion tu masa weekend je. Ye la kan, lotion tu bau semerbak, kalu aku pakai masa bekerja hilang la macho..keliling sumernya jantan. Kang jadi lagenda 1001 malam lak.

So, weekend pun tiba. Lepas mandi, siap berpakaian dan potong kuku, aku pun berehat di sofa depan tv. Rasa syok sesangat nak sapu lotion kat siku & lutut aku......

capai botol, picit, dan halakan kat lutut dulu. Bila cecair yang putih likat tu terjatuh kat kulit lutut aku, terasa sejuk...tergeleman aku sebentar hehehe.

Dengan cermat aku pun usap lutut aku perlahan-lahan, licin rasanya.....

Tiba-tiba....aikssss? pasal berbuih-buih nie? Aku usap dengan sedikit kelajuan...aiksss? pasal berbuih-buih makin banyak nie? Aku sental, aku tonyoh...buihnya makin menjadi-jadi. Haiya! ape ke hal ye ni!

Dengan perasaan curiga..aku capai botol lotion tu dan baca kembali labelnya yang tertera di depan : PFLEGEDUSCHE. (bahasa german). Ape ke jadah perkataan tu hah, detik hati aku.

Tak puas hati, aku buka notebook, google dan cari traslation software German - English.

Aku taip perkataan:

'PFLEGEDUSCHE'

kemudian:

'enter'

Ceiiiiii, yang aku beli benda allah ni buat apa. Potong stim betul...

.

.

.

.

'SHOWER GEL'

Zainin Shah Bahari
(Leipzig Deutschland, 22 Ramadhan 1432H)

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432H

Manusia menamakannya sbg 'pesta ibadah'.
Namun pada pandanganku yg faqir ilallah, ini adalah simbol dan lambang kepada ketakutan manusia terhadap Al-Jaheem. Bilamana jutaan manusia dari segenap penjuru dunia berhimpun di bumi al-haram pada fasa terakhir Ramadhan, ia menjadi bukti sekelumit iman yang membenarkan sabda junjungan tentang 'itqun min an-nar'.

Duhai hati, asuhlah mata agar lazim dengan lenangan air mata ketakutan mu pada Rabb.
Rayulah pada nafsu agar tunduk mengalah supaya dengannya basahlah kedua pipimu saban malam ketika manusia diulit mimpi, walaupun Rasul telah menghampar seribu fadhilat awakhiri ramadhan lebih seribu tahun nan silam.
Temuilah ketenangan yang haq di depan Rabb tatkala sedu suaramu bersilih tangisan memohon dirimu dijauhkan dari As-Saqor.
Kasihanilah kami ya Ghafur.

Ustaz Fathullah Ishak
(Makkatul Mukarramah 3:56am 23 Ramadhan 1432H)