Gambar hiasan
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini
perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri
terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri
derhaka:
Pertama: Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan
suami.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bermaksud: Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan
ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: Mengapa
demikian ya Rasulullah? Baginda menjawab: Wanita mengkufurkan suaminya dan
mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak
pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: Apabila seorang isteri
berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian
daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.
Kedua: Suka menyakiti hati suami.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda
yang bermaksud: Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir Baginda
menjawab: Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati
suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya. (Hadis
Riwayat Muslim)
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima
balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: Seorang
wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah
kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu
hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami. (Hadis
Riwayat Ibnu Majah)
Ketiga: Puasa sunat tanpa keizinan suami dan
memasukkan seorang lelaki tanpa izin suaminya.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
bermaksud: Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya
ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang
lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya. (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Walaupun lelaki yang datang kerumah isteri tersebut
adalah terdiri daripada mahramnya. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas
kehadiran mereka tidak menjadi masaalah.
Keempat: Keluar rumah tanpa izin suami.
Nabi SAW bersabda maksudnya: Apabila perempuan
keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat
di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia
sehingga dia kembali. (Hadis Riwayat Thabarani di dalam al-Awsat)
Kelima : Meminta cerai daripada suami.
Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
bermaksud: Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada
sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga. (Hadis Riwayat Abu
Daud dan Tirmizi)
Dalam kes meminta cerai kepada suaminya, seorang
isteri dibenarkan sekiranya terdapat beberapa sebab yang di benarkan syarak
seperti suami tidak memberikan nafkah zahir dan batin, suka memukul isteri dan
menyuruh isteri melakukan perkara yang haram.
Isteri boleh mengadu pada mahkamah syariah di atas
perbuatan suaminya dan boleh menuntut fasakh. Jika isteri sudah merasakan tidak
bersesuaian untuk hidup bersama suaminya dia boleh juga mengadu di makhamah
syariah untuk Tebus Talak iaitu memberikan beberapa sejumlah wang sebagai
tebusan kepada suaminya untuk dia diceraikan.
Tetapi dalam kes suami hendak berpoligami dan suami
berkemampuan ketika ini isteri tidak ada hak untuk meminta cerai . Ini adalah
kerana hukum berpoligami telah termaktub di dalam al-Quran dan ianya di
halalkan oleh Allah SWT.
Jika suaminya telah pun berkahwin lain tanpa
pengetahuannya dan jika dia memaksa suaminya menceriakan madunya dia akan
mendapat laknat Allah dan berdosa besar. Suaminya akan menjadi dayus
apabila mengikut telunjuk isteri dengan mengabaikan isteri keduanya.
Jalan sebaik-baiknya isteri pertama perlulah
bertolak ansur dan janganlah mengikut nafsu amarah dan membelakangkan hukum
agama.
Jika kalian bersabar dan menerima kehadiran isteri
kedua dengan hati yang tenang dan terbuka dan berfikiran positif ganjaran yang
akan kalian terima cukup besar disis Allah SWT.
Jika kalian bertindak secara melulu tanpa di dorong
oleh iman dan takwa berdasarkan hadis di atas tidak akan masuk syurga isteri
yang meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak.
Keenam: Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
maksudnya: Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi
ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam
laknat malaikat sehingga ke pagi. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: RencanaRakyat
No comments:
Post a Comment