Dua minggu lepas, selepas waktu pejabat, aku dan beberapa rakan sekerja pergi minum di kawasan berdekatan dengan pejabat kami. Maka bermulalah bual-bual kosong orang bujang yang biasa-biasa ketika lepak di mamak. Tapi aku sahaja yang sudah berkahwin. Pada ketika itu, mereka hangat menceritakan kisah-kisah kelakar yang pernah terjadi pada mereka atau kawan-kawan. Aku pun tak ketinggalan menyedekahkan dua atau tiga cerita yang dapat gelakan yang agak kuat. Dalam banyak-banyak cerita, keluar la satu cerita di mana cerita tentang solat dan waktu sujud Imam terbatal solat dan Imam terus meluru keluar dari jemaah tanpa jemaah ketahui akannya. Setelah sekian lama, seorang jemaah bangun dan menjerit "Imam sudah hilang"..disusuli dengan jemaah lain bangun, dan terus batal solat mereka semuanya.
Dari kisah tadi tu, timbul pula persoalan, apakah yang terjadi kepada makmum sekiranya Imam terbatal solatnya. Maka di sini suka aku nak ceritakan bersandarkan hadis riwayat Bukhari seperti terjemahan di bawah:
" Jika Imam betul, pahala solat itu bagi kamu dan dia (Imam), sebaliknya jika dia (Imam) tidak betul, maka solat itu bagi kamu dan tidak (sah) bagi dia (Imam)." Sahih Bukhari, cetakan Istanbul 2/187.
Maksudnya di sini, selagi kita (makmum) tidak mengetahui bahawa Imam itu tidak terbatal solatnya, maka solat kita adalah sah tetapi tidak pada Imam itu. Akan tetapi jika kita mengetahui yang solat Imam itu terbatal selagi kita tidak berniat mufarakah maka batal lah jugak solat kita.
Ok, mufarakah ialah di mana kita qasad niat untuk keluar dari jemaah itu. Bila dah niat macam tu kita just sambung je solat kita macam biasa. Untuk keterangan lanjut pasal Mufarakah boleh baca di sini.

No comments:
Post a Comment