Wednesday, October 29, 2014

Log Sambil Menyelam Minum Air: From Florence to Pisa to La Spezia

Almost 2 weeks dah since gua pulang dari Italy, in Florence to be exact. Actually gua ke sana atas urusan kerja. Bos gua hantar training dan sambil tu untuk berkenalan dengan engineering team dekat sana di samping bertemu dengan bos/hiring manager gua sebab dia memang based situ and orang Italy. 

Tapi entry ni gua bukan nak cerita pasal kerja gua, gua nak cerita pasal pengalaman gua jalan-jalan di Italy. Sebelum tu sedikit tentang company gua. GE Oil & Gas atau formerly known as Nuovo Pignone (before GE acquires the company) terletak di bandar Firenze, Florence. Nuovo Pignone ni memang terkenal la di kalangan penduduk tempatan, ia adalah satu kebanggaan bagi rakyat Italy amnya atau Firenze secara khususnya. Sehinggakan kalau lu orang sebut GE Oil & Gas, maybe ramai yang tatau kat mana, tapi bila sebut Nuovo Pignone..bole dikatakan semua orang tau. 

So penginapan dan transportation ke sana ditanggung 100% oleh syarikat. Atas alasan-alasan yang tertentu gua memilih untuk fly dengan Lufthansa, a german airline company di mana kos tambang dalam MYR6,400 economy. Few years back, sume staff bole travel dengan business class but GE has cut down several costs including transportation. So berhimpit la gua dalam economy class selama 13 jam. Flight transit di Frankfurt and continue to Aeroporto A. Vespucci di Firenze Airport dengan pesawat Lufthansa jugak. Untuk accommodation, gua memilih Residence Porta Al Prato. Accommodation jenis apartment ni siap dilengkapi dengan kitchen facility. Price pun tak mahal sangat, untuk 3 minggu di sana gua bayar sebanyak €1,883.00. Untuk pertama kali di sana gua memang prefer untuk masak sendiri, maybe next time kalau pergi lagi boleh duduk di hotel saja sebab dah ada experience location halal untuk makan semua. Ok kite layan gambar dulu la - sekitar Florence.
Kitchen je yang gua sempat nak amik. Apartment ni lebih kurang 35m2, satu bilik tidur, bilik air siap bath tub, ruang tamu ade meja makan and sofa dan dapur seperti dalam gamba. 

Siap ade verandah, perokok boleh lepak luar amik angin.

Ini adalah Ponte Vecchio, jambatan yang memang femes la, yang ada shop lot atas jambatan tu. Tak silap dibina zaman roman lagi. Rata-rata kedai atas tu jual barang-barang kemas dan jam yang mahal macam Rolex. Mampu tengok je. 


San Lorenzo Market - banyak jual kraf berasaskan kulit. Ramai Bangla, Nepal, kalau bernasib baik boleh jumpa Bangla yang cakap melayu, sebab pernah kerja dekat Malaysia. 






 


Itu semua gambar-gambar di sekitar bandar Firenze. Gua pusing-pusing town ni on my first weekend there, hari ahad. Gua snap je la building-building tu tapi nama tatau. Hari sabtunya, gua pergi ke Pisa dan La Spezia dengan menaiki tren, Trenitalia. Beli online pun boleh beli dekat station pun boleh. Kalau tiket yang paling murah tu boleh digunakan dalam masa 3 bulan dari tarikh kita beli. Tapi sebelum nak board kene validate tiket dulu dan tiket tu akan valid for 4 hours from time of validation. Paham? Tak paham! macam ni..gua beli tiket arini, tapi gua boleh guna tiket tu anytime from today until 28 January 2015. Tapi untuk keratapi yang murah aje la, bukan yang jenis laju punya. Katakan esoknya gua nak guna tiket tu, so before gua board the train gua kene validate tiket tu then tiket tu akan valid for 4 hours je. selepas tu tiket tu dah tak laku. Biasanya orang akan validate just before the train depart, so boleh maximizekan time di atas train. Tapi gi Pisa sejam je.

Yours truly. On the way nak ke Pisa Tower dari Pisa Centralle.

Aksi terlampau macam ni memang banyak boleh dilihat di situ.


Korang nampak tak kerusinya tu?

Setelah bergambar kenangan di sekitar Pisa dan setelah menjamah sedikit Gelato kami decided pegi ke La Spezia. Hajat di hati nak pergi tengok Cinque terre. Google la apa benda tu. Ok lupa nak kenalkan mamat dalam picture di atas. Itu adalah Sultan, mamat dari Indonesia sama-sama datang training dengan gua. Memang bernasib baik trip gua kali ni sebab sama slot dengan orang dari rumpun yang sama. So boleh la buat plan jalan-jalan. 

Nak ke La Spezia perjalanan cuma lebih dari satu jam tak sampai dua jam dengan tren yang sama dari Pisa Centralle. Dari La Spezia station pulak korang boleh approach tour guide untuk bawa ke Cinque Terre. Bayaran tak pasti sebab kami tak sempat nak merasa sebab petang tu diaorang nak close awal sebab ade train nak buat mogok pukul 9pm. Memandangkan jam dah pukul 5pm, wanita di counter tu nasihatkan kami pulang ke Florence dengan segera. Kalau tidak harapan untuk bermalam di kaki lima station La Spezia amat cerah sekali. Setelah berbincang sesama sendiri, kami ambil keputusan untuk persetankan amaran wanita tersebut. Kami terus beli tiket tren menuju ke Monterosso - Salah satu village di Cinque Terre, village yang paling besar di antara 5 villages. 

Inilah Monterosso, tempat percutian di tepi pantai barat Italy.


Actually Cinque Terre ni femes dengan rumah warna warni tu, tapi di village ni tak dapat nak lihat dengan jelas. Kalau nak tengak yang lebih jelas harus ke village yang lain. 



Kalau tak silap di kampung Vernazza atau Corniglia boleh lihat dengan jelas struktur rumah-rumah berwarna warni itu.

Ini adalah hasil pautan google. Yang warna warni macam ni la yang gua cakapkan.

Selain tarikan rumah warna warni tu, korang boleh melakukan jungle trekking. Khabarnya amat mencabar jugak. So perjalanan kami agak kecewa di situ sebab tujuan utama tak tercapai. Kalau ikutkan rasa hati mahu saja teruskan perjalanan ke hadapan sikit dari Monterosso ke pantai Spaggia de Guvano untuk mengubat hati yang luka - tempat ni memang exotic, sila lah google. Tapi memandangkan jam sudah hampir 7pm. Baik kami pulang ke La Spezia Station untuk catch train pukul 8pm ke Firenze Santa Maria Novella Station yang ambil masa lebih sikit dari 3 jam. 

Cinque Terre tu bukannya pergi mana-mana pun. Lenkali boleh datang lagi. Jangan la datang musim sejuk plak, takde point la nak pergi, macam mana nak tengok orang tengah sun bathing yea tak.

No comments: