Dalam entri yang lepas gua dah cerite macam mana gua abeskan the first weekend during my travel to Italy. The second weekend pulak, gua abeskan dengan pergi ke Rome. Rome ni terletak di selatan Firenze, kalau naik train dalam 2 hingga 3 jam (train biasa-biasa). Kalau naik train laju amik masa dalam 1 jam je. Disebabkan trip bajet, kami amik train biasa-biasa. Actually 26hb Sept (friday) tu, kami masih lagi teragak-agak samada nak meneruskan trip ni ke tak, sebab kawan gua si Sultan tu dah tercicir duit masa trip kami last week sebanyak Eur450. Banyak tu beb! So Jumaat malam tu tengah kami bersiar-siar kat train station sambil memikirkan hala tuju, akhirnya kami pun terbeli jugak tiket train ke Rome, dan malam tu jugak kami godek-godek booking.com cari hotel murah untuk one night stand. Natijahnya kami dapat book Hotel Marisa, just next door to Roma Termini.
Kin's Crunchy Chicken - Halal joints in Rome, Tempat kami bedal lunch lepas dah check in semua. Ala-ala KFC dipelopori oleh middle easterner.
Rome ni dibanjiri ramai foreigner; Bangla, Pakistani, Filipino, Arabian, Indians etc, Kami sampai lebih kurang noon time, kami check in hotel dulu and siap-siap untuk jenjalan. Lepas makan tempat pertama kami nak tuju ialah Vatican City. Selepas naik metro dan bas, sampai la kami di sana.
Sistem tiket public transport kat Italy ni memang ade time limit. Untuk tiket yang paling murah die valid lebih kurang 75minit selepas tiket tu divalidate. Akan tetapi, bila lu orang validate di Metro (Rome Subway), and trip lu orang cuma 10 minit dengan Metro tu, lu orang dah tak boleh naik balik Metro dengan menggunakan tiket yang sama tapi boleh naik bas dengan tiket tadi tu. So dengan bus takde masalah untuk recycle balik tiket yang dah validate (asalkan tempoh tak expired) tapi Metro hanya sekali sahaja.
Kami tak explore further jauh ke dalam pun due to time constraint, just dekat-dekat main gate je. Beli souvenir sikit, bergambar kenangan, kami pun cabut cari bas menuju ke Stadio Olimpico. Gua bukan lah peminat tegar bolasepak, tengok bola pun 4 tahun sekali. Tapi brader Sultan ni memang fanatik sangat, berkali-kali pujuk gua teman dia tengok game AS Roma. Kebetulan hari tu ade match, lawan dengan team mana pun gua tak ingat sebab tak pernah dengar namanya. Dalam bas, masyaAllah, packed sangat dah macam tin sardin.
Brader Sultan siap beli jersi dekat Vatican City pasal nak tengok match.
Nampak macam takde sebab kami dah lambat.
Mana-mana tengok jersi semua pakai nama Totti, takde orang lain ke?
Nasib baik menang.
Players akan lari from end to end celebrating the winning game.
Harga tiket sangat mahal, Eur65 kot. Dekat tiket siap tulis nama lagi.
Hari kedua di Rome kami set nak pergi ke Collaseum. Macam tak sahkan kalau tak pergi situ kalau datang Rome. Layan gambar la..biar gambar berbicara.
Kalau pegi Rome lu orang memang kene datang sini la. Good view and know the history. Pastu kami singgah Hard Rock jap untuk beli souvenir, biasa lah baju etc.
Bagi gua kalau pergi Europe ni mudah. Lu orang just guna google maps je..tak pernah la pulak gua beli buku Lonely Planet bagai bile pusing Europe. Buat research sikit dalam internet tempat-tempat menarik, wallah..you guys ready to go. Google maps memang informative; lu orang letak lokasi and destination and click direction..Google akan bagitau lu orang naik kete lalu mana, kalau public transport, naik train/tram/bus mana. Easy kan?
Damage untuk ad hoc trip ni, precisely memang tak ingat..roughly Eur200 untuk two pax, ini termasuk tiket train return Firenze<->Rome dan satu malam di Hotel Marisa. Lain-lain seperti shopping semua, ikut keupayaan masing-masing la. ->
No comments:
Post a Comment