Friday, February 6, 2015

Adhoc Trip To London and Paris

Gua patut ada family day pada 28 November 2014. Tak pernah gua dapat join family day kat mana-mana company gua join selama ni. So quite excited bila management allowed me to join because one of the requirements was I need to be a confirmed employee. 26 November patutnya cukup 6 bulan gua kat sini, tapi registration has to be made few weeks prior. So gua email bos gua yang kat Florence whether he will confirm me as employee by that date and he replied 'OK'!. Terus gua forward email tu kat HR, then HR pun proceed dengan gua punya registration. Tup tup, 3 weeks before nak pegi, wife gua dapat assignment/meeting kat Switzerland. Hancur family day plan nak pegi ke Pulai Resort and Legoland. Terpaksa di cancel. Frust!

Tapi wife gua ajak gua join beliau pegi sana, tinggalkan anak-anak. Hehe. Memula agak berat nak pergi sebab kekangan duit, maklum la skang kerja ofis je, so takde duit tambahan, kene la berjimat cermat. Macam tu la gua pikir mula-mula. Tapi tangan ni gatal pergi check flight price on that date, mak aih, murah..terus book! hehe. Wife gua travel 22 Nov and abes meeting 28 Nov. So gua suh beliau book tiket dari Geneva ke Heathrow trus, gua tunggu beliau kat sana. Gua punya flight KUL-CDG by MAS on 27 Nov, arriving on 28 Nov and later that evening gua fly gi London dengan British Airways. So sempat la gi Paris kejap before flight to London, sorang-sorang.

Tapi boleh plak teserempak dengan ex-U mate dekat tengah bandar Paris tu, dekat-dekat dengan Gare Du Nord. Beliau dengan family atas bas sightseeing.

Ok..itu gambar mukaddimah je..skang ni mari layan kronologi perjalanan gua yang ad-hoc ni dengan gambar-gambar.

Time nak take-off dari KLIA. Flight delay 2 hours, so MAS bagi voucher makan free kat KLIA. Time ni dah kul 0200-ish local time mase take-off, dah ngantuk gile.

Selamat mendarat di Charles De Gaule kul 0800-ish local time after 13-hours airborne.

Time ni dah dekat London Heathrow Terminal 5 pukul 1900-ish. menunggu si gadis dari Geneva. Time ni dah lebih 24 jam tak mandi. Boleh je nak mandi tapi malas nak bazir masa dengan mandi. Masa itu penting dalam trip yang singkat ni.

Dah sampai Reading, England - Rumah adik ipar gua a.k.a adik wife. Beliau sambung PhD dekat situ and baru je datang few months earlier je..In September kalau tak silap. Dijamu dengan ayam grill ke..lazat jugak.

Depan rumah beliau di Reading keesokkan harinya. Nak pegi Lee, Greater London. Almost noon time.

Di Lee, rumah Wak Daud a.k.a David and Wak Lut. Depa ni Aunty and Uncle kepada wife and adik ipar gua tu. Ni kali kedua gua datang bertamu rumah beliau. Beliau masak best, sup bontot. Khabarnya David tu pernah jadi Union Jack Police masa kat Tanah Melayu and mengorat aunty diaorang ni, kawin then datang sini.

Ini antara sebabnya kenapa gua berani betul beli tiket nak gi London, sebab accommodation dah free. So duit tu buat tambang and shopping je la. huhu. Masa tengah makan tu dalam pukul 1600-ish and hari pun dah start nak gelap. Ingat nak ke London selepas tu. Oh yea, masa trip kami ni, London tengah buat black friday sales. Walaupun nama dia Friday tapi sales tu melarat sampai Sunday. So barang-barang semua jadi gile-gile murah la. Kami yang tengah 'berjimat cermat' pun bole la jugak shopping.
Keesokkan harinya menuju ke Bicester Village. Sapa yang datang London mesti nak pegi sini. Lagi-lagi time black friday ni.


See the resemblance?

Tengah juling mata la tu, tatau nak masuk mana dulu.



Hasilnya takde la banyak pun. A pair of shoe for me and souvenier je.

Nak datang sini lu orang guna tube pegi Marylebone Station and tuka naik National Rail bound to Bicester North. Tiket National Rail ni dah include skali tiket bas nak gi ke Bicester Village tu. Gua tak ingat dah bape,

Lepas tu kami pergi ke Oxford Street untuk sambung shopping, then pegi China Town untuk menjamu selera di Restoran Rasa Sayang. Esoknya kami berdua dah nak pergi ke Paris dengan menggunakan Eurostar. Saja nak merasa, tak pernah lagi gua naik Eurostar ni. Ini kali ke tiga gua sampai London dari seberang English Channel, samada gua naik flight tak pun gua naik Brittania Ferries.




Bagi wife gua, ni kali kedua beliau naik Eurostar, dulu beliau naik dari Ebbsfleet (betul ke gua eja?), kali ni gua book dari St. Pancrass (Betul ke gua eja?) - First terminal dari London. Seingat gua dia akan stop dua stations before train descending under the English Channel. Bawah tu cuma took about 20 minutes before surface back di France. Total time about 2 hours before sampai Gare Du Nord. Dekat Paris terpaksa la bermalam di hotel. Satu malam je. Gua pilih hotel yang berdekatan dengan Gare Du Nord, sebab esoknya senang nak pergi Charles De Gaule untuk balik KL. Gua book di Hotel Le Roccoy. 




Di Paris kami ke Gallery Lafayyette, Av. Des Champs-Elysees and sekitar Eiffel Tower. Ingatkan nak naik boat Paris De Saines tu, tapi tak jadi. Few hours je berada di Metropolitan Paris ni. Lepas makan balik terus hotel sebab dah penat berjalan. Esok paginya 2 Dec kul 0800 dah nak gerak ke Gare Du Nord amik train menuju ke airport. Flight kul 1200 noon. 

Di Lounge selepas buat final shopping di airport terminal. Tu yang datang awal tu sebab nak shopping barang cenderahati.



Actually wife gua punya syarikat bagi business class, so gua pun gatal tangan la gi upgrade business class on the way back to KL..yela nanti tak dapat duduk sama plak. Kehkehkeh. Ada la kene tambah sket, tapi few thousands more cheaper dari original price business class la. 

OK that's conclude the trip. Let's see how big the hole I made in my pocket:

Flight KUL-CDG-KUL - MYR2,693 (ini original price before gua upgrade ke business untuk trip CDG-KUL, Upgrade punye price tu tak payah la citer)
Flight CDG-LHR - EUR59.58 (convert sendiri la)
Eurostar - Two pax: EUR 266 (Beli dah last minutes, mahal gile, naik flight lagi murah)
Train in London - GBP 100 (overall estimated including Reading to Lee, to Bicester North and tube, sebab kekadang gua bayarkan semua orang, kekadang orang lain bayarkan), lain kali kalau datang beli Oyster card je senang.
Train in Paris - EUR 10 kot one day pass per pax. 
Hotel in Paris - EUR 100
Train to airport - EUR 29 per pax
Bus from LHR to Reading - GBP 30 two pax (tak pasti)

No comments: