Thursday, March 4, 2010

Just Another Blog Shop

Please visit to:

Adorable Little Munchkin for exquisite baby's outfit of your choice. Or you may find the link provided at the side menu on my blog here, called Kedai Baju Baby.

Just launch yesterday! Don't miss it. Between the interests is

Monday, February 8, 2010

Teserempak Dengan Jembalang

Circa year 1997 - Friday morning, before dawn....

Pagi tu aku bangun macam biasa nak dekat Pukul 5.30 pagi, malam tu tade mimpi apa-apa. Tidur lena macam biasa, kene gigit nyamuk macam biasa. Terus aku meluru ke bilik mandi, mandi air kolah yang lebih dari dua kolah besarnya. Ada 4, 5 budak tengah mandi lagi time tu. Termenung kejap sambil fikir nak mandi ke tak, gile ke ape pepagi nak mandi air kolah yang sejuk dah bawah tahap beku tu..walaupun tu la rutin aku selama hampir setahun time belajar kat sekolah kiblah, mandi waktu pagi la yang paling aku fail. Sekali sekala aku mandi ala-ala seniman bujang lapuk je..apa ade hal, pastu sembur minyak wangi.

Teringat lagi masa sekolah terputus bekalan air yang aku tak ingat berapa lama tah, seingat aku mau lebih sebulan, ade air pun sket2 je keluar, pastu tadah dalam baldi reramai. Sesapa yang malas nak tadah tu, terpaksa la mandi air sungai kat belakang sekolah. Takde la belakang sangat pun, seribu kangkang kera jugak jauhnya. Kalu pepagi tu kene bangun seawal 4 lebih nak pegi mandi kat sungai..kerje gile sume. Dah la sejuk nak mampus..taleh lupe tol.

Papehal pun pagi tu aku tetap mandi. Pagi jumaat beb, kene la mandi. Masuk dorm balik bebudak dah start gerak pegi surau..ketinggalan aku pagi tu, cinabeng tol. Tade sekor pun nak tunggu, masuk syurga nak masuk sesorang je. Terhegeh2 aku pakai baju melayu sume siap2 nak pegi subuh berjemaah. Surau sekolah bukannya dekat, kene menapak. Before nak sampai surau tu kene lalu ala-ala titi macam tu, lebar dalam 2 meter, panjang 7 meter melintasi anak sungai apa tah.

Gelap gelita pagi tu..terkedek2 jalan sesorang pegi surau, dekat titi tu ade satu je lampu..itu pun macam nak tak nak je menyala, malap je. Baik tak menyala pun takpe, jimat sket letrik. Bile dah sampai kat titi, hujung titi tu aku nampak something yang membuatkan langkah aku terhenti.

**
**
**

"Alamak, apehal ade baju putih melayang plak ni pepagi ni", bisik hati kecil aku. Aku dah mula gabra. Dalam kepala otak time tu dah fikir macam-macam. Ada je setan yang nak menghalang perjalanan aku ke jalan yang lurus ni. Aku perati betul2..sah, memang jembalang putih le tu. Aku dah mula berkire2 nak patah balik dorm, naik atas katil, selubung dalam selimut je. Tapi dengan berbekal kan iman yang tak tebal sangat tu, aku jalan slow2 mendekati jembalang tu. Takde reaksi langsung. Jembalang tu tak takut langsung dengan aku, die bole buat dek je. Aku dah nak panik. Pepagi dah nampak hantu. Gile. Aku toleh belakang takde orang, kiri kanan lagi haram..sungai ade la. Mau aku terjun je dalam sungai ni.

"Tak bole jadi ni", aku cube memberanikan diri. Baca doa sket, al-fatihah sepam, ayat kursi sepam, tapi jembalang putih tu takde ape2, aku budget paling koman pun terbakar ke menjerit2 ke..aku memulakan langkah aku menghampiri jembalang putih tu. Semakin dekat semakin kuat debaran jantung aku, macam nak gugur rasenye..aku dah plan, lepas je titi tu aku trus nak lari masuk surau. Die mesti tak berani nak masuk surau punye, sebab kat dalam surau tu ade Ustaz Masrohan Al-hafiz..die kumat kamit sket mulut die mau ke neraka trus jembalang tu. Bile jarak aku dengan jembalang agak2 dalam 1 meter....

"Cibai btol mamat prefect ni, ada yang nak kene pukul dengan aku ni kang", menyumpah aku dalam hati. "Kulit kalu dah itam macam kertas karbon tu, berdiri la dekat2 ngan lampu..", sambung aku dalam hati lagi. Aku bajet mamat prefect tu mesti heran tengok gelagat aku.

Tuesday, January 5, 2010

2009 MEMORY LANE

2009 was a struggle to me, no doubt about that. The first year of marriage life, the first year of family life..the first year to a few things more. Despite all of that, my highest gratitude to the mighty Allah..I could survived all the difficulties and obstacles.

Been so busy since July when my project came to the commissioning phase, I've been away for quite some times; away from the family, wifey in particular. Poor thing, she had to went through the pregnancy difficult moments with me not by her side. I felt so guilty. I was in dilemma back then.

Thankful that I could be there when the precious moment has taken it place on August 28th last year. The birth of Muhammad Emil Shahmy. I'm so grateful, I was able to perform the Adzan and Iqomah to him; the first thing I would want him to hear in this Allah's world. Once again, wifey had to went through another phase of difficulty with me not by her side for the last couple of months at the end of the year.

Emil is now 4 months old. Again, I'm so grateful, that wifey had been given the land house at Precint 8. On December last year, we had moved all the things there from apartment at Precint 18. Currently still staying at my parents' at Kinrara. Planned to move in as soon as possible. Maybe after Emil's aqiqah, will be executing, insyaallah end of this month.

Hope this year would be better than last year, be happier than last year, be grateful than last year, be more faithful to Allah than last year.......

Tuesday, October 13, 2009

Giant has employee with tiny attitude

Forwarded email: Nukilan Mazidul Akmal Sidek

Jam 12.30 tadi saya dan 2 anak ke Giant di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Pantas kami membeli beras, ayam, 2 barang permainan , bateri dan shaving foam. Jam 12.51 saya membuat pembayaran di kaunter, RM327.26.

“Senapang, Battle Max-Sceptor ini harganya RM149, bukan RM199,” saya memberitahu juruwang kaunter 24, Farah Yesmin.

“Oh! Saya dah punced, pergi ke Customer Service,” arahnya.

Saya terus berdiri di hadapannya.

“Cubalah check dulu harga sebenar, mungkin saya tersalah tengok,” ujar saya.

Penyelia perempuan berdiri di kaunter berhampiran kemudian memanggil pekerja lelaki berasal dari Jawa, Indonesia tampil kekaunter menggunakan walkie-talkie. Melihat kejadian itu, pengawal keselamatan Giant menghampiri dan memegang tangan saya.

"Don't dare touching me," saya mengingatkan dia sambil menolak tangannya.

Perbuatan bodohnya itu mungkin menggambarkan kepada pelanggan lain saya melakukan kesalahan sedangkan saya hanya menuntut hak sebagai pelanggan.

Setibanya pekerja Indonesia di kaunter, penyelia bertanya kepadanya.

“Berapa harga barang permainan ini?,” tanya juruwang.

“RM199,” katanya yakin.

“Cuba check dulu,” pinta saya.

Pekerja Indonesia itu kemudian berjalan ke arah rak barang permainan, saya mengikutnya rapat dari belakang.

“Mana tulis RM199?,” tanya saya kepada pekerja bermuka masam itu.

“RM149. RM199 harga lama,” ujarnya selamba.

“Tadi kamu kata RM199, kalau saya tak suruh check, saya kena tipu macam tu sajalah?,” saya menegurnya.

Dia langsung tidak menoleh, jauh sekali memohon maaf. Kami bersama berjalan menuju ke kaunter semula. Saya kemudian meminta penyelia memanggil pengurus bertugas.

“Bagi diskaun sahaja dengan dia,” kedengaran suara dari walkie-talkie.

“Hello! Saya bukan nak minta diskaun, saya nak jumpa manager. Tak boleh ke?,” saya bersuara.

Kurang 5 minit, muncul penolong pengurus, Zahir Ishak.Saya jelaskan kepada Zahir perkara berlaku.

Awak panggil budak Indon kurang ajar tu balik, datang sini, minta maaf. Jangan suka suka menipu saya. Saya ada duit, bukan nak minta diskaun. Lagipun barang itu saya dah bayar. Usah tunjuk muka haram jadah dengan customer. Kalau silap minta maaf, mudah,” pinta saya.

Zahir kemudian bergegas mencari pekerja Indonesia saya maksudkan. Kurang 10 minit, pekerja itu muncul bersama Zahir dari celah rak dan berjalan kearah saya.

“Kamu jangan kurang ajar dengan customer. Di Indonesia, kamu boleh buat macam itu, bukan di negara saya. Suka hati kamu sahaja bubuh harga, bila tersilap tidak pandai minta maaf, lepas itu tunjuk muka sombong. Kamu fikir saya tidak kenal angka?,” kata saya.
“Saya minta maaf,” ujar pekerja berusia 23 tahun itu.

Zahir kemudian membawa barang permainan saya beli ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Dia kembali semula bertemu saya dan menghulurkan resit berserta wang tunai RM50.

“Terima kasih Zahir,” ucap saya.

Moto Giant, ‘Harga Rendah Tiada Tandingan’. Khusus kepada pihak pengurusan Giant Kota Damansara, jangan rendahkan kualiti perkhidmatan dengan menggajikan pekerja tidak komited sekaligus merugikan pelanggan. Lebih penting, belajarlah memohon maaf dan usah memperkotak katikkan pelanggan jika melakukan kesilapan bodoh. Seperkara lagi, jangan bertindak lembab bak semut berjalan sedangkan mendakwa 'Giant'.

Pesanan saya, jika membeli belah di premis sama, sila periksa bil secara teliti, jika tidak pelanggan mungkin tertipu begitu sahaja.

Update Jam 5.43 petang tadi saya menghubungi Giant dan meminta mereka menghantar email memohon maaf atas kejadian itu.

Saturday, October 10, 2009

Bored of being bored

Currently I am sitting in the lobby hotel surfing in the net just like I did always when I was here before. Melchor, my colleague from Philipines doing the same thing I do, oh, I see he's packing up his laptop..maybe going up to room now and he just wished me goodnight and off out of my sight.

This is the only hotel I ever stayed where its lobby full with mosquito flying there and here looking for blood to suck, as I write this entry, my hands also busy trying to kill those bloodsuckers. That's why I think the lobby is always empty, no one is here right now, only yours truly and the hotel counter chick (I'm not sure how she's handle these bloodsuckers, maybe she's getting used to it, she looks very calm like nobody business) as well as people walking by the lobby going out or to the hotel restaurant.

I just came back from outside to buy me a dinner foods. I bought street burger special punye, two cups of maggi mee and Marigold peel fresh orange. I will going to eat them after I finish with this entry in my room. I think I'm done now.

Oh, I miss wifey and Emil terribly..

Sunday, September 20, 2009

Syawal 1430H

First of all, I would like to wish my muslim friends Happy Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Eidulfitri, and Maaf Zahir & Batin. Happy holiday to my non muslim friends.

I was at my parents in law at Serdang. After had a breakfast ala Jawa-I had 'nasi impit' (betul ke aku eja ni) with variety of Jawa's delicacies, my father in law and I off to UPM Masjid to perform Sunat Eidulfitri, the rest weren't going. Wifey still in confinement period and I wasn't sure about the rest. The crowd during this morning prayer was not bad at all, I thought there would be a few people would come because they were celebrating at Kampung. I thought wrong. If my mind still serves me right, this Eidulfitri is the first time I celebrate here-in KL, if not going back to Kota Bharu, we would celebrate at Hulu Langat-Batu 20 Kampung Padang of my father's side. It has been a very long time we had celebrated Eidulfitri there. I'm not sure exactly why. Maybe his sisters already have their own big family and his parents are no longer among us-my grandfather died at 1960 at Palembang, slightly later after that my father and his family moved, migrated to Malaysia. My grandmother died at 1982 or 1983? need to ask Papa for confirmation.

I always imagine KL would be empty with locals but full with expatriates-Bangla, Indon, Sudan, Africans, you name it.

My in laws always have been celebrating Eidulfitri at Johor-Kempas, Kampung Maju Jaya to be exact (Sayang, btol ke nama kampung you tu? hehe). I think because of wifey still in confinement period, they have delayed the trip to Kampung. After the prayer, we packed our bags and did the usual things during morning raya - Bermaaf-maafan, they made their way to Kampung at Johor. It was 11am, and I think they would be there in 3 hours. While wifey, Emil and I off to Kinrara to celebrate raya with my family.

My family wasn't going back to Kota Bharu this year because Am-my big brother, will getting married this weekend at Kuching. Furthermore, Tok We is here, she's the mother of my mother. My home at Kinrara, was served the usual food-the Nasi Dagang. I had them a lot. Poor wifey, she couldn't enjoy much the variety of delicacies during this raya, she has to restrain herself from eating a lot of foods (Berpantang dalam melayu) to get back the body she once had. Hehe. Go wifey! And the rest of the day was nothing spectacular - Emil is the lucky boy, he collected a lot of money, more than quarter of my monthly paycheck during this raya and my youngest brother had envied him. Sorry la Ahin, you are no longer a baby, grow up ok, you already 10 years old, off course you got lesser. Emil just has been 23 days in this world and he deserves that.

Emil, can Ayah have your money? Hehe..

Thursday, September 17, 2009

Siri Bertemu Dengan Jin

Penghujung 1998, time tu aku nak duduki SPM. Aku antara student yang enrolled Bahasa Arab Tinggi, time tu ade 4 orang je yang enrolled. Bahasa Arab Komunikasi pun aku enrolled jugak, tapi sebab tak mencabar sangat aku sign up la untuk Bahasa Arab Tinggi sekali, kompem la Arab Komunikasi tu dapat A1 punye. Hehe. Kerol Kadir, Anuar, Idris dengan aku la student2 yang mantop tu dalam kelas time tu. Tapi seyes beb, aku time tu bole cakap arab dah, tapi merangkak2 la sikit sebab nak pikir die punye nahu lagi balaghoh lagi. Setakat karangan pasal “Rumah impianku” tu selamba je aku karang sampai berjela2 dalam arab. Time tu mind dah setting nak sambung belaja kat Universiti Islam Madinah, kepala otak dah berangan2 tetiap tahun nak pegi buat haji, cuti semester pegi buat umrah. Indah jugak la impian aku time tu.

Oleh sebab 4 orang je yang enrolled, so Ustaz Jaafar dengan suka citanya buat kelas tambahan lepas isya’ dekat surau sekolah. Surau sekolah ni plak, tak silap aku la dkat 300 meter jugak la dari dorm kiteorg tu, tambahan lagi keliling surau tu hutan belantara je so macam2 la bunyian yang bole didengari datang dari hutan tu, jalan nak pegi surau tu pun bole tahan seram die, bkan jalan dah, denai je..surau kayu pulak tu..tade la besar sgt..kalu memalam duduk sesorang situ dalam gelap mau menangis. Ruang solat utama surau tu kalu tak silap aku ade la dalam 10 meter persegi je kot, yang belah belakang surau tu luas sikit la tapi ade atap je dinding sume tade. Dah 2 3 malam jugak ustaz buat kelas tambahan tu. Aku pun tatau apsal die buat kelas tambahan dkat situ, apsal tanak je gune kelas macam biasa..horror siot surau tu..

Kekadang kitaorg abes nak dkat pukul 1 pagi, tapi selalunya nak dkat kul 12 malam la..suke btol Ustaz Jaafar nak mangajar kami bahasa arab ni. Nasib baik pandai. Kerol Kadir lepas result SPM keluar, trus pegi Yaman sambung belajar sana tak ingat aku dia amik course apa, dah 8 tahun dah aku tak dengar berita die. Last sekali aku jumpe die time die balik Malaysia tahun 2000 kot, call aku suh fetch die kat KLIA..Apa jadi la mamat tu..jangan die angkat senapang pegi berjihad kat Gaza sudah..takpun dah join Osama ben Laden kot.

Anuar plak aku dpat contact die baru2 ni..keje dkat Janda Baik, jadi Warden. Sambil tu belaja sambilan kat UKM, course Syariah Islamiah kot. Die citer pas sekolah aritu die pegi Libya sambung belaja dkat sana setahun je..tak tahan duk sana, sejuk sgt sampai sakit tulang belakang. Bole la aku panggil die Anuar Libya lepas ni, macam Ustaz Ibrahim Libya tu yang kene bunuh, syahid, dengan kerajaan kat Memali dulu time rejim Che Det.

Idris pun penah jejak kaki kat Yaman, sekali dengan Kerol..tapi setahun je dah balik Malaysia lepas tu dah tade duit nak baya tambang balik Yaman, trus je duk Malaysia sampai skang..macam2 keje die pernah buat ever since, latest die keje as driver Limo KLIA. Pernah sekali aku menggunakan perkhidmatan die, lagi sejam suku nak boarding br sampai..cilanat btol..lepas tu bawak macam pelesit..tambang nak mahal2 aje..sib baik bole claim dengan company. And nasib baik dapat boarding.

Nak dipendekkan citer, ade satu malam tu aku dengan Anuar malas nak jalan kaki balik dorm. Jam pun dah menunjukkan nak dekat pukul 1 pagi, so kitaorg dgn selambanya amik keputusan tido dkat surau je malam tu. Tido dkat corner belah belakang area dewan solat tu. Orang kate kalu tido kat tengah2 dewan solat tu takut bangun nanti kat tempat lain pulak, yela dah kene angkat dengan jin yang datang nak tumpang semayang, die campaknye kite kat mana2 kang. Sudah. So kitaorg tido kat tepi penjuru surau. Gelap gelita surau, tak payah pasang kipas ke ape dah..angin dari luar pun dah sejuk. Kaki kitaorg ejas menghadap bertentangan dengan kiblat.

Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga, memamai sket, aku dengar macam ade orang tgh baca quran, then aku dongak sket kepala aku so bole nampak arah kiblat, dalam samar2 kegelapan tu aku dah ternampak lebih kurang 3 4 soff, semua pakai jubah putih, tengah solat. Mak aih berderau darah aku. Macam mana pulak malam tu mata aku ni di buka hijab pulak bole nampak jin tengah semayang. Aku cube tak menjerit, kang sedar pulak jin2 tu aku dah bangun dari tido, tanak aku pikir ape yang akan terjadi lepas tu. Aku mengesot sket rapat dengan Anuar yang tengah lena tu, suasana yang sejuk bertambah sejuk. Nasib baik tak nampak muke, sebab diaorg tgh menghadap kiblat ketidak tatau la apa dah jadi dengan aku. Aku cube tidur, dan mengharapkan jin2 tu bile dah abes semayang trus chow je, tak payah singgah2 angkat aku pegi letak kat tempat lain. Diletaknya aku dekat padang pasir kang, mampus. Alhamdulillah aku dapat tidur sambil mengharapkan subuh datang cepat pagi tu.

Subuh tu aku tak citer pun dekat Anuar, takut die ingat aku tipu die. Takut die ingat aku cube mencari publisiti murahan. Takut die tertawakan aku. Aku diamkan diri je cube nak lupekan kisah seram awal pagi tadi tu.

Lepas solat Ustaz Jaafar datang kat kitaorang..

“Hang ni apa laa..ustaz kejut pagi tadi qiamullail tanak bangun..pagi tadi ustaz bawak budak form 1 qiamullail..apa la hang ni..” sound Ustaz Jaafar dengan slang utara die tu..

Cinabeng….