Thursday, December 11, 2014

Log Jalan-Jalan ke Rome

Dalam entri yang lepas gua dah cerite macam mana gua abeskan the first weekend during my travel to Italy. The second weekend pulak, gua abeskan dengan pergi ke Rome. Rome ni terletak di selatan Firenze, kalau naik train dalam 2 hingga 3 jam (train biasa-biasa). Kalau naik train laju amik masa dalam 1 jam je. Disebabkan trip bajet, kami amik train biasa-biasa. Actually 26hb Sept (friday) tu, kami masih lagi teragak-agak samada nak meneruskan trip ni ke tak, sebab kawan gua si Sultan tu dah tercicir duit masa trip kami last week sebanyak Eur450. Banyak tu beb! So Jumaat malam tu tengah kami bersiar-siar kat train station sambil memikirkan hala tuju, akhirnya kami pun terbeli jugak tiket train ke Rome, dan malam tu jugak kami godek-godek booking.com cari hotel murah untuk one night stand. Natijahnya kami dapat book Hotel Marisa, just next door to Roma Termini.