Tuesday, October 13, 2009

Giant has employee with tiny attitude

Forwarded email: Nukilan Mazidul Akmal Sidek

Jam 12.30 tadi saya dan 2 anak ke Giant di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Pantas kami membeli beras, ayam, 2 barang permainan , bateri dan shaving foam. Jam 12.51 saya membuat pembayaran di kaunter, RM327.26.

“Senapang, Battle Max-Sceptor ini harganya RM149, bukan RM199,” saya memberitahu juruwang kaunter 24, Farah Yesmin.

“Oh! Saya dah punced, pergi ke Customer Service,” arahnya.

Saya terus berdiri di hadapannya.

“Cubalah check dulu harga sebenar, mungkin saya tersalah tengok,” ujar saya.

Penyelia perempuan berdiri di kaunter berhampiran kemudian memanggil pekerja lelaki berasal dari Jawa, Indonesia tampil kekaunter menggunakan walkie-talkie. Melihat kejadian itu, pengawal keselamatan Giant menghampiri dan memegang tangan saya.

"Don't dare touching me," saya mengingatkan dia sambil menolak tangannya.

Perbuatan bodohnya itu mungkin menggambarkan kepada pelanggan lain saya melakukan kesalahan sedangkan saya hanya menuntut hak sebagai pelanggan.

Setibanya pekerja Indonesia di kaunter, penyelia bertanya kepadanya.

“Berapa harga barang permainan ini?,” tanya juruwang.

“RM199,” katanya yakin.

“Cuba check dulu,” pinta saya.

Pekerja Indonesia itu kemudian berjalan ke arah rak barang permainan, saya mengikutnya rapat dari belakang.

“Mana tulis RM199?,” tanya saya kepada pekerja bermuka masam itu.

“RM149. RM199 harga lama,” ujarnya selamba.

“Tadi kamu kata RM199, kalau saya tak suruh check, saya kena tipu macam tu sajalah?,” saya menegurnya.

Dia langsung tidak menoleh, jauh sekali memohon maaf. Kami bersama berjalan menuju ke kaunter semula. Saya kemudian meminta penyelia memanggil pengurus bertugas.

“Bagi diskaun sahaja dengan dia,” kedengaran suara dari walkie-talkie.

“Hello! Saya bukan nak minta diskaun, saya nak jumpa manager. Tak boleh ke?,” saya bersuara.

Kurang 5 minit, muncul penolong pengurus, Zahir Ishak.Saya jelaskan kepada Zahir perkara berlaku.

Awak panggil budak Indon kurang ajar tu balik, datang sini, minta maaf. Jangan suka suka menipu saya. Saya ada duit, bukan nak minta diskaun. Lagipun barang itu saya dah bayar. Usah tunjuk muka haram jadah dengan customer. Kalau silap minta maaf, mudah,” pinta saya.

Zahir kemudian bergegas mencari pekerja Indonesia saya maksudkan. Kurang 10 minit, pekerja itu muncul bersama Zahir dari celah rak dan berjalan kearah saya.

“Kamu jangan kurang ajar dengan customer. Di Indonesia, kamu boleh buat macam itu, bukan di negara saya. Suka hati kamu sahaja bubuh harga, bila tersilap tidak pandai minta maaf, lepas itu tunjuk muka sombong. Kamu fikir saya tidak kenal angka?,” kata saya.
“Saya minta maaf,” ujar pekerja berusia 23 tahun itu.

Zahir kemudian membawa barang permainan saya beli ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Dia kembali semula bertemu saya dan menghulurkan resit berserta wang tunai RM50.

“Terima kasih Zahir,” ucap saya.

Moto Giant, ‘Harga Rendah Tiada Tandingan’. Khusus kepada pihak pengurusan Giant Kota Damansara, jangan rendahkan kualiti perkhidmatan dengan menggajikan pekerja tidak komited sekaligus merugikan pelanggan. Lebih penting, belajarlah memohon maaf dan usah memperkotak katikkan pelanggan jika melakukan kesilapan bodoh. Seperkara lagi, jangan bertindak lembab bak semut berjalan sedangkan mendakwa 'Giant'.

Pesanan saya, jika membeli belah di premis sama, sila periksa bil secara teliti, jika tidak pelanggan mungkin tertipu begitu sahaja.

Update Jam 5.43 petang tadi saya menghubungi Giant dan meminta mereka menghantar email memohon maaf atas kejadian itu.

Saturday, October 10, 2009

Bored of being bored

Currently I am sitting in the lobby hotel surfing in the net just like I did always when I was here before. Melchor, my colleague from Philipines doing the same thing I do, oh, I see he's packing up his laptop..maybe going up to room now and he just wished me goodnight and off out of my sight.

This is the only hotel I ever stayed where its lobby full with mosquito flying there and here looking for blood to suck, as I write this entry, my hands also busy trying to kill those bloodsuckers. That's why I think the lobby is always empty, no one is here right now, only yours truly and the hotel counter chick (I'm not sure how she's handle these bloodsuckers, maybe she's getting used to it, she looks very calm like nobody business) as well as people walking by the lobby going out or to the hotel restaurant.

I just came back from outside to buy me a dinner foods. I bought street burger special punye, two cups of maggi mee and Marigold peel fresh orange. I will going to eat them after I finish with this entry in my room. I think I'm done now.

Oh, I miss wifey and Emil terribly..

Sunday, September 20, 2009

Syawal 1430H

First of all, I would like to wish my muslim friends Happy Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Eidulfitri, and Maaf Zahir & Batin. Happy holiday to my non muslim friends.

I was at my parents in law at Serdang. After had a breakfast ala Jawa-I had 'nasi impit' (betul ke aku eja ni) with variety of Jawa's delicacies, my father in law and I off to UPM Masjid to perform Sunat Eidulfitri, the rest weren't going. Wifey still in confinement period and I wasn't sure about the rest. The crowd during this morning prayer was not bad at all, I thought there would be a few people would come because they were celebrating at Kampung. I thought wrong. If my mind still serves me right, this Eidulfitri is the first time I celebrate here-in KL, if not going back to Kota Bharu, we would celebrate at Hulu Langat-Batu 20 Kampung Padang of my father's side. It has been a very long time we had celebrated Eidulfitri there. I'm not sure exactly why. Maybe his sisters already have their own big family and his parents are no longer among us-my grandfather died at 1960 at Palembang, slightly later after that my father and his family moved, migrated to Malaysia. My grandmother died at 1982 or 1983? need to ask Papa for confirmation.

I always imagine KL would be empty with locals but full with expatriates-Bangla, Indon, Sudan, Africans, you name it.

My in laws always have been celebrating Eidulfitri at Johor-Kempas, Kampung Maju Jaya to be exact (Sayang, btol ke nama kampung you tu? hehe). I think because of wifey still in confinement period, they have delayed the trip to Kampung. After the prayer, we packed our bags and did the usual things during morning raya - Bermaaf-maafan, they made their way to Kampung at Johor. It was 11am, and I think they would be there in 3 hours. While wifey, Emil and I off to Kinrara to celebrate raya with my family.

My family wasn't going back to Kota Bharu this year because Am-my big brother, will getting married this weekend at Kuching. Furthermore, Tok We is here, she's the mother of my mother. My home at Kinrara, was served the usual food-the Nasi Dagang. I had them a lot. Poor wifey, she couldn't enjoy much the variety of delicacies during this raya, she has to restrain herself from eating a lot of foods (Berpantang dalam melayu) to get back the body she once had. Hehe. Go wifey! And the rest of the day was nothing spectacular - Emil is the lucky boy, he collected a lot of money, more than quarter of my monthly paycheck during this raya and my youngest brother had envied him. Sorry la Ahin, you are no longer a baby, grow up ok, you already 10 years old, off course you got lesser. Emil just has been 23 days in this world and he deserves that.

Emil, can Ayah have your money? Hehe..

Thursday, September 17, 2009

Siri Bertemu Dengan Jin

Penghujung 1998, time tu aku nak duduki SPM. Aku antara student yang enrolled Bahasa Arab Tinggi, time tu ade 4 orang je yang enrolled. Bahasa Arab Komunikasi pun aku enrolled jugak, tapi sebab tak mencabar sangat aku sign up la untuk Bahasa Arab Tinggi sekali, kompem la Arab Komunikasi tu dapat A1 punye. Hehe. Kerol Kadir, Anuar, Idris dengan aku la student2 yang mantop tu dalam kelas time tu. Tapi seyes beb, aku time tu bole cakap arab dah, tapi merangkak2 la sikit sebab nak pikir die punye nahu lagi balaghoh lagi. Setakat karangan pasal “Rumah impianku” tu selamba je aku karang sampai berjela2 dalam arab. Time tu mind dah setting nak sambung belaja kat Universiti Islam Madinah, kepala otak dah berangan2 tetiap tahun nak pegi buat haji, cuti semester pegi buat umrah. Indah jugak la impian aku time tu.

Oleh sebab 4 orang je yang enrolled, so Ustaz Jaafar dengan suka citanya buat kelas tambahan lepas isya’ dekat surau sekolah. Surau sekolah ni plak, tak silap aku la dkat 300 meter jugak la dari dorm kiteorg tu, tambahan lagi keliling surau tu hutan belantara je so macam2 la bunyian yang bole didengari datang dari hutan tu, jalan nak pegi surau tu pun bole tahan seram die, bkan jalan dah, denai je..surau kayu pulak tu..tade la besar sgt..kalu memalam duduk sesorang situ dalam gelap mau menangis. Ruang solat utama surau tu kalu tak silap aku ade la dalam 10 meter persegi je kot, yang belah belakang surau tu luas sikit la tapi ade atap je dinding sume tade. Dah 2 3 malam jugak ustaz buat kelas tambahan tu. Aku pun tatau apsal die buat kelas tambahan dkat situ, apsal tanak je gune kelas macam biasa..horror siot surau tu..

Kekadang kitaorg abes nak dkat pukul 1 pagi, tapi selalunya nak dkat kul 12 malam la..suke btol Ustaz Jaafar nak mangajar kami bahasa arab ni. Nasib baik pandai. Kerol Kadir lepas result SPM keluar, trus pegi Yaman sambung belajar sana tak ingat aku dia amik course apa, dah 8 tahun dah aku tak dengar berita die. Last sekali aku jumpe die time die balik Malaysia tahun 2000 kot, call aku suh fetch die kat KLIA..Apa jadi la mamat tu..jangan die angkat senapang pegi berjihad kat Gaza sudah..takpun dah join Osama ben Laden kot.

Anuar plak aku dpat contact die baru2 ni..keje dkat Janda Baik, jadi Warden. Sambil tu belaja sambilan kat UKM, course Syariah Islamiah kot. Die citer pas sekolah aritu die pegi Libya sambung belaja dkat sana setahun je..tak tahan duk sana, sejuk sgt sampai sakit tulang belakang. Bole la aku panggil die Anuar Libya lepas ni, macam Ustaz Ibrahim Libya tu yang kene bunuh, syahid, dengan kerajaan kat Memali dulu time rejim Che Det.

Idris pun penah jejak kaki kat Yaman, sekali dengan Kerol..tapi setahun je dah balik Malaysia lepas tu dah tade duit nak baya tambang balik Yaman, trus je duk Malaysia sampai skang..macam2 keje die pernah buat ever since, latest die keje as driver Limo KLIA. Pernah sekali aku menggunakan perkhidmatan die, lagi sejam suku nak boarding br sampai..cilanat btol..lepas tu bawak macam pelesit..tambang nak mahal2 aje..sib baik bole claim dengan company. And nasib baik dapat boarding.

Nak dipendekkan citer, ade satu malam tu aku dengan Anuar malas nak jalan kaki balik dorm. Jam pun dah menunjukkan nak dekat pukul 1 pagi, so kitaorg dgn selambanya amik keputusan tido dkat surau je malam tu. Tido dkat corner belah belakang area dewan solat tu. Orang kate kalu tido kat tengah2 dewan solat tu takut bangun nanti kat tempat lain pulak, yela dah kene angkat dengan jin yang datang nak tumpang semayang, die campaknye kite kat mana2 kang. Sudah. So kitaorg tido kat tepi penjuru surau. Gelap gelita surau, tak payah pasang kipas ke ape dah..angin dari luar pun dah sejuk. Kaki kitaorg ejas menghadap bertentangan dengan kiblat.

Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga, memamai sket, aku dengar macam ade orang tgh baca quran, then aku dongak sket kepala aku so bole nampak arah kiblat, dalam samar2 kegelapan tu aku dah ternampak lebih kurang 3 4 soff, semua pakai jubah putih, tengah solat. Mak aih berderau darah aku. Macam mana pulak malam tu mata aku ni di buka hijab pulak bole nampak jin tengah semayang. Aku cube tak menjerit, kang sedar pulak jin2 tu aku dah bangun dari tido, tanak aku pikir ape yang akan terjadi lepas tu. Aku mengesot sket rapat dengan Anuar yang tengah lena tu, suasana yang sejuk bertambah sejuk. Nasib baik tak nampak muke, sebab diaorg tgh menghadap kiblat ketidak tatau la apa dah jadi dengan aku. Aku cube tidur, dan mengharapkan jin2 tu bile dah abes semayang trus chow je, tak payah singgah2 angkat aku pegi letak kat tempat lain. Diletaknya aku dekat padang pasir kang, mampus. Alhamdulillah aku dapat tidur sambil mengharapkan subuh datang cepat pagi tu.

Subuh tu aku tak citer pun dekat Anuar, takut die ingat aku tipu die. Takut die ingat aku cube mencari publisiti murahan. Takut die tertawakan aku. Aku diamkan diri je cube nak lupekan kisah seram awal pagi tadi tu.

Lepas solat Ustaz Jaafar datang kat kitaorang..

“Hang ni apa laa..ustaz kejut pagi tadi qiamullail tanak bangun..pagi tadi ustaz bawak budak form 1 qiamullail..apa la hang ni..” sound Ustaz Jaafar dengan slang utara die tu..

Cinabeng….

Wednesday, September 16, 2009

Jin Kene Ikat ke??

Aku hangin betul tengok ke-ignorance orang melayu ni..hangin je bile tengok iklan Jin Notti tu..yang Fara Fauzana berlakon tuu..ngan Mawi. Kat sini serba sedikit aku nak citer sket pasal Jin ni. Kalu nak lebih mendalam pi beli kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus..Ismail Kamus memang terkenal dengan ceramah2 pasal jin ni.

Asal Usul Iblis

Dulu2 before Nabi Adam dicipta, ada satu makhluk di kalangan malaikat ni yang diberi nama Azazil. Pasal apa aku cakap makhluk, pasal Azazil ni bukan malaikat tapi dia hidup di kalangan malaikat. Kelebihan yang ada pada Azazil ini ialah pabila die menadahkan tangan untuk berdoa kepada Allah SWT, nescaya makbullah doa dia tu. Pada suatu hari, terdengarlah akan malaikat2 ini satu berita di mana akan datang nanti ada satu golongan di kalangan malaikat ini akan menderhaka kepada Allah SWT. Maka ketakutanlah malaikat semua bila mendengar berita tersebut, takut yang menderhaka itu adalah mereka sendiri. Maka semua malaikat ni pergi la berjumpa dengan Azazil untuk meminta Azazil berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada menderhaka kepada Allah. Maka berdoalah Azazil lebih kurang macam ni la "Ya Allah, Engkau jauhkanlah para malaikat ini dari menderhaka kepadaMu". Instantly, Allah perkenankan doa Azazil ni. Tapi dia lupa nak doakan untuk diri dia sendiri, maka di kala Nabi Adam dicipta di kala itu lah Azazil menderhaka kepada Allah dengan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam A.S. Maka Allah halau Azazil dan menukarkan namanya kepada Iblis laknatullah.

So, lenkali berdoa tu jangan la lupe berdoa untuk diri sendiri sekali. Cukup lah sekadar dengan membaca "Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati Hasanah Waqina A'zabannar".

Ulamak berbeza pendapat tentang Iblis ni, di mana; ada yang berpendapat Iblis ni ada satu je dan tidak akan mati sehingga hari kiamat kelak, yang mati itu cuma anak2 Iblis yang terdiri daripada jin dan syaitan. Lagi satu pendapat cakap Iblis ni banyak dan die bole mati, die beranak pinak dan mati sampai la hari kiamat baru semua sekali mati. Aku tatau mana satu pendapat yang paling kuat, tapi dua pendapat tu je la yang setakat ni aku pernah dengar. Personally aku rasa pendapat yang first tu yang paling kuat.

Anak Iblis ni terbahagi kepada 2 kategori; Syaitan dan jin. Semua syaitan adalah kafir, kompem masuk neraka nanti. manakala jin pula ada kafir dan ada islam.

Sekarang kite berbalik pada tajuk tadi.

Narrated Abu Huraira:

Allah's Apostle said, "When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained."

Source:Sahih Bukhari Vol 3, Book 31 (Fasting), No 123.

Dalam hadis di atas, ada dicakap jin? die cakap devils, kalu baca dalam bahasa arab die tulis 'shayatin' means syaitan2. Bile masa pulak jin kene ikat? mangkuk tol..kalau la jin tu kene ikat, macam mana yang islam tu nak menjalankan ibadah die terhadap Allah. Betul tak? Okay, kite tengok pulak ayat Quran ni.

Source: Al-Quran, Surah 51 (Adz-Dzariyaat), Ayat 56

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

Macam mana kalu jin kene ikat die nak beribadat kepada Allah? tak ke bengap tu sapa yang cakap jin kene ikat tu. Kalu jin kene ikat, kite pun kene ikat jugak tau patutnya. Jin ni hidup di kalangan kite je, cume kite je yang tak bole nak nampak die..pasal muke die ni buruk sangat, kalu Allah bagi mata kite ni nampak jin, manusia tak akan ade keje lain la, hari2 pengsan je sebab tengok muke jin ni. Tapi Allah tu adil, nanti dekat padang masyar nanti jin pulak tak bole nampak kite tapi kite bole nampak jin.

Ulamak sekali lagi berbeza pendapat pasal jin ni, ada yang cakap jin ni ade pembangunan, kire ade development sendiri la..ade masjid sendiri, ada bangunan sendiri kot, sekolah sendiri. Lagi satu pendapat cakap diaorg ni tade pembangunan, hidup menumpang je..kite buat masjid die menumpang la masjid kite..tu yang kekadang tengok cam ramai je orang semayang subuh tadi kat masjid, selipar kat luar tu 2 3 ketul je, tok imam satu, tok bilal satu ngan siak. Jemaah dah macam nak dekat 20 orang. Cakap pasal jin ni teringat pulak kisah aku time sekolah dulu. Nanti aku story.

Jin ni pulak bole menjelma. Bole bertukar2 wajah die. Yela, dah buruk sangat, sebab tu bole menyamar tu. Korang jangan terperanjat pulak, ntah2 jiran korang tu jin sebenarnya. Hehe. Itu yang keluar istilah toyol la, hantu raya, hantu bungkus la, pocong la. Itu semua jin punye kerja la tu nak kacau manusia. Orang melayu ni kreatif sket, jin menyamar jadi orang kecik warna hijau dipanggilnya toyol. Yang dalam iklan jin notti tu yang aku nampak diaorang cakap jin kene ikat la, masuk alam manusia la padahal jin tu hidup sama je ngan kite ni, ntah2 kat sebelah korang tu ade je yang bertenggek sekor. Hehe. Ha lagi satu, perumpamaan ni "Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia". WTF! ntah2 jin tu lagi alim dari engkorang semua tau tak..ni semua melayu punye ignorance..Melayu yang pandai2.

Bongok!!!

Footer: Teringat pulak time sekolah rendah dulu ada teka teki: Dalam banyak2 jin, jin mana yang tak kene ikat time bulan ramadhan? Sapa tau jawapan die?? hehe..

Friday, September 4, 2009

Tazkirah Ramadhan

Aku heran gak kekadang ni tengok masyarakat islam kat Malaysia ni..first trimester dengan second trimester Ramadhan memang rajin solat tarawikh, beribadat extra, Baca Quran lebih, dan macam2 ibadah lagi la yang dilakukan. Tapi bile tibe third trimester, abes, dah mule kurang dah jemaah kat mesjid tu, 30 juzu’ pun dah tak sempat nak abeskan pasal banyak penuhi permintaan berbuke puasa kat luar di mana last2 balik umah trus tido, sebuk nak buat beskut raya la..kepala hotak masing2 sume dah ligat pikir pasal raya – pikir nak pakai baju apa la, nak mintak duit raya kat sapa la, nak bertandang kat umah sapa la dan macam2 lagi.

Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "Whoever established prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven; and whoever fasts in the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven."

Hadith di atas diambil dari Book of Hadith, Sahih Al-Bukhari, menjelaskan ade satu malam dalam bulan Ramadhan yang dikenali dengan Malam Lailatul Qadr. Tapi tak diberitahu bile berlakunya malam penuh gemilang itu.

Sesungguhnya Ulama’ berbeza pendapat tentang kedatangan malam Lailatul Qadr itu.

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Rata-rata pendapat menyatakan kedatangan malam Lailatul Qadar adalah pada salah satu malam di dalam third trimester, sepuluh malam yang terakhir. So apehal third trimester tu lagi kurang pulak ibadah kite ni? Agaknye kite ni sume baca quran je tak meghayati maksud yang tersirat.Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan seperti firman Allah dalam Surah Al-Qadr, maksudnya:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Oh, malam yang ke-21 aku probably berada di perantauan laa.. ;)

References:

  • Sahih Al Bukhari, Book of Hadith.
  • Harakah Daily, Sept 2007.
  • Tuesday, September 1, 2009

    Prelabor, Labor and Delivery

    28th August 2009M bersamaan 7 Ramadhan 1430H (Friday)

    Jam menunjukkan pukul 4 pagi, bini aku tengah mengerang kesakitan kat sebelah aku ni..aku ingat ni mesti symptoms yang macam hari tu tu..yang mana aku panggil as ‘False Labor Symptoms’. Hari tu dah kene sekali, die punye contractions are not all regular and don’t increase in frequency. Maknanye die punye contraction every 20 minutes apart or less je..then hilang. Kali ni pun same, bini aku checks timing, bih kurang tu la, 20 minutes apart. Aku tade perasaan cemas lagi time tu, tapi tolong2 la urut pinggang die tu. Aku tanye die dari pukul berapa sakit ni, die jawab dari pukul 2 pagi tadi. Sudah, dah lama tu.

    Pukul 5 lebih kitaorg sahur, bini aku walaupun tak puasa tapi die join jugak sambil sakit2 tu..sambil tu bincang2 kat meja makan ngan parents in law. Mak die suh bawak pegi hospital kat sebelah umah ni. Stil tak cemas apa-apa lagi. Aku lepas subuh tu siap bole tidur kejap. Mandi2 then pukul 8 lebih baru pegi Dewan Bersalin sambil ditemani adik wife aku. Mak die dah tunggu kat hospital. Aku pegi pakir kete, masuk balik dewan bersalin, mak mentua aku cakap wife aku dah kat dalam tengah check-up, orang lain taleh masuk. So bermula la penantian dari saat ini..Tapi still tak cemas lagi..pasal dalam kepala otak aku ingat ni ‘False Labor Symptoms’. Paling kuat pun doctor tahan masuk wad pastu monitor sampai bersalin. Aku tunggu je la kat waiting area yang sejuk nak mampus tu..dah la pagi tu hujan..gile btol.

    4 hours later or less….

    Wifey called me, she was wearing hospital uniforms (orang nak bersalin punye uniform, warna merah jambu lagi), to pass me her shirts and then speaking in whisper, “Dah bukak 4cm dah, nanti doctor panggil awak bile nak bersalin nanti”. I was astonished a little bit-or a lot? “Ya Allah, dah nak deliver dah ni”, bisik hati gementar aku. Aku paling tak suke bile sejuk gile dicampurkan dengan perasaan cemas. Menggeletar badan aku siot. Haha. Last time aku rase macam ni time aku naik chopper dari F23 nak balik Miri, brape tahun lepas punye crite tah. Dah la tengah hujan lebat gile, tapi relax je chopper tu take off jugak..kat luar hujan, dalam cabin sejuk nak mampus campur dengan perasaan cemas aku, menggeletar la badan aku, takleh nak handle beb. Dah la coverall aku basah pasal time nak boarding chopper tu bermandikan air hujan kejap.

    Ok berbalik pada labor and delivery worries aku tu, tak sangka plak aku, adik ipar aku yang duduk kat sebelah aku tu perasan aku tengah cemas, hilang siot macho. Die siap bole sound “Rilek la Abg Shah, takkan cemas kot”. Aku balas “Mana ade..tengah sejuk ni”.

    A few fathers enter the birthing room without a little trepidation, but I entered with lot trepidation. I would try not to faint or whatsoever that could humiliate me. Maybe ‘few fathers’ being prepared for the birth by taking childbirth education classes for instance, check out the internet, watching the labor and delivery DVDs with eyes wide open or visit the hospital or birthing center ahead of time so it’ll be familiar ground on labor day. None of those have been practiced by me. Time is I don’t have. The only thing I could do was talked to friends who’ve attended the birth of their children but that wasn’t helping at all but the story stressed me out. It’s not like the doctor or nurses will be evaluating my every move or comparing me to the coach next door. More important neither will my wife. I, being beside her, holding her hand, no..no..no, I didn’t hold her hand but I was holding her head, urging her on, and providing the comfort of a familiar face and touch is what she’d need. Am I right sayang? Eh c’mon la, even obstetricians who’ve assisted at the birth of thousands of other people’s babies can experience a sudden loss of self-confidence when confronted with their own baby’s delivery.

    Kan obstetricians kan?

    Wifey safely delivered a baby boy, weighed 3.1KG at 1346hrs (during Jumaat Prayer) after almost 15 minutes she fought with those pains, contractions during delivery and I didn’t want to remember my wifey face as I coached her through those last pushes, while my mouth recited ayat Qursi, Al-A’raf, Surah Al-Falaq and Surah An-nas over and over again.

    Welcome to the world, son.

    Wednesday, August 26, 2009

    Ramadhan Memory

    3 years ago (based on hijri calendar) 28 Sept 2006M/5 Ramadhan 1427H

    I was in Miri to mob to F23 Complex, Central Luconia, Sarawak Shell Berhad gas production platform. It was my first time to go to F23. I went to Miri one day earlier and stayed at Aie’s house at Pujut, thus saved some money on hotel and I got extra from the company because saved their money too. Aie is working at PCSB. Luckily I have friends all over Malaysia, thanks to PETRONAS to place them down anywhere you want. Aie has been my driver for those two days. We went to Bazaar together to break fast.

    I was fasting of course, and scheduled to mob at 12noon by fast crew boat which was not so fast at all. I’ve been informed that the trip would take 8 hours journey through an open-wavy-strong current south china sea. It was almost monsoon time, so I would expecting a strong wind like a thousand hair dryers set to full blast hit onto my face. Taking boat ride with an empty stomach is not a wise thing to do. So I was planning to sleep all the way to platform and by the time we arrive there I would already break the fast. Simple and yet productive plan. Considering that I would be away from land for quite some times, around 2 to 3 weeks top and I have to come back before EidulFitri..So I include KFC in my boarding plan. On the way to the boat wharf, I asked Aie to stop by at any local KFC store. I went in and bought for myself a snack plate, original recipe, thigh and drumstick, the usual parts of chicken that I love most.

    I arrived at boat wharf one hour earlier than boarding time. Say goodbye, handshake and all with Aie, I went into the boat cabin to find the perfect spot to lie down and relax. I found one perfect spot not taken yet. I grabbed it. Put down my bag and other belongings to a safe place and there I lie down while waiting for other passengers. After a while, I felt the boat starts to move, I looked at my watch and it was almost 1pm. I did a quick calculation in my mind and I came with conclusion that we would be arriving at 9pm, more or less. I checked out Miri’s prayers time through my Easy Access (still got coverage 3-5 km from the shore) and looked for Maghrib, and it was around 6.20pm. I smiled and continued to sleep and planned to wake up at 6.20pm, break the fast with KFC I bought just now with some rice they provide for lunch for non-muslim and muslim that did not fast.

    Dash from boat against the waves awakens me. I opened my eyes and looked at the watch and it was 4pm. “alamak..lambat lagi nak buke ni, dah terjage plak”, my little heart speaking in whisper. I tried continuing to sleep. Unfortunately, at this condition, I could only sleep with some assistance of 2 pills (sea-sick pill) or someone knocks me down, hard. I started to depress. The dash, vibration, swing occurred in the same time were the reasons I became sleepless. I have this fear, the feeling that haunted me down when take a boat ride with an empty stomach. I fear that it would come and visit me again. Suddenly later I felt colic, gripes..I felt sick. Ya Allah, it’s coming to me now. I tried to calm and fought with the feeling in my stomach and set in my mind I would eat the KFC at 6.20pm which were not more than 2 hours left. The smells in the cabin provoked my stomach to get sicker. I always don’t like the smells of Comfort I and Comfort II. It makes me sick. I felt nervous and tense as well as dizziness. I tried to endure the pain. Endure the feel to throw up. I was suffering back then. I couldn’t bear any longer, I woke up and tried to get out of the cabin, reached grasp my KFC and ‘nasi bungkus’ on the way out. I felt like I just gulp down 5 matrix tan of Carlsberg into my sacred stomach. I felt drunk, really drunk when I stood up.

    Outside, the swell were big, I sat on the floor at the star-boat-side opened my KFC then grabbed the drumstick, put in my mouth and chewed. I felt nothing, I felt like I chewed something tasteless. I couldn’t swallow them. And finally I threw up on the open sea. Threw up again and again until there was nothing left in my stomach to get rid of. I lie down on the floor restless, colic, gripes and sick. I ate the rice, drank water as much as possible if not I would dehydrated. The KFC, I left them at the star-boat-side, untouched. I then carried on lie down, in a while I collapsed, exhausted, to had a battle with those pains. Around 9pm, we arrived.

    That day, I break my fast one hour earlier..I will never travel with boat again during fasting month. I flew there after the boat trip.

    Tuesday, August 25, 2009

    Qada' dan Qadar

    Khamis Malam Jumaat Keliwon..

    Keluar la muke orang tua yang biasa2 kite Nampak 3 kali setahun kat dalam TV nak bagitau masyarakat Islam kat Malaysia ni yang pose startnya Hari Sabtu 22 Ogos 2009M bersamaan 1 ramadhan 1430H.

    Wife and I were at Kinrara when the announcement was being made, to visit Papa and my youngest brother, Ahin. They had an accident the day before, fell off from scooter because of a *tutt* dog chase them up (tak elok mencarut bulan ramadhan ni, kurang pahala aku). Ironically, the dog is belonging to someone. This *tutt* Chinese let the dog out, untie and suddenly became wild like a mad dog and chase Papa and Ahin while ‘scootering’ around that area. The *tutt* Chinese then took Papa & Ahin to the Columbia Asia Hospital to seek treatments and he paid the bill, he better.

    I picked up wifey after working hour then off went straight to Kinrara. Terkejut gak aku memule masa sampai kat umah tengok Ahin dah berbalut-balut muke die sket lagi nak cam mummy returns. Thankful that the injuries are not affected his skull bone. Tapi teruk jugak laa..kesian aku tengok. The *tutt* Chinese was there minutes after my arrival..aku try maintain muke garang aku tu..tengok die pun macam dah tak tentu hala je tanak duk lelame kat sini bile dah rase aura aku yang membuak2 tu..agaknye laa..Judging by his eyes tried to avoid a contact with my eyes. Hehe! Oh, he stopped by to give medicines. Papa pun teruk jugak dkat belah tangan die ngan lutut je la..

    Ramadhan eve..

    I was in my in laws’ at Serdang..before Ramadhan comes, I had this thought, “Puasa ni kene duk kat sana alamatnye tak berasap la aku…” hehe..kalu dah tegar sgt mmg ada possibility berfikir macam tu..tapi aku ada apa hal..tempuh je la dugaan tu. Wapek pun same jugak kot tak bole isap rokok time pose nanti..dah bini tgh pregnant asyik nak muntah je bile bau die isap rokok..hehe! saba je la…

    After dinner, bapak ngan mak were preparing to go to surau for Tarawikh (Malam pertama). Surau is located couple of blocks from our block, near to the Hindu Temple, just a walking distance..tak sempat keluar peluh pun dah sampai. Mak and Imah who first to go, followed by bapak a few minutes later and the rest macam tarawikh kat rumah je.

    I was thinking to attend to the prayer after the dinner, when see Mak and Bapak were preparing to do so but I still in the room even though isya’ prayer is executing. Like a minute or two before the isya’ prayer is about to complete, I rushed to the toilet, performed my ablution then rushed again heading towards ‘Surau’ hoping that I could make it before the prayer done and in fact it had done when I was standing right in front of the Surau’s door where if I were to enter through that door everyone would stare at me (malu la, dah la dtg lambat pastu nak kene semayang isya’ dlu). So I just kept wandering around the Surau searching for another entry that makes no one would notice my present and the only entry I found was to go through the women area , I had to leave before anyone notice my present. So I headed back home and in between I stopped for a cigarette. Yeahhh! I ended up performed Tarawikh in my room, alone.

    And then..

    Following my previous entry below, a chit-chat was happening between me and Kuluk, my Uni friend..Who's now somewhere around arabic ocean. He works with Schlumberger. Very rich, single and still looking..good looking too maybe for certain chicks, or maybe not. Not so tall, average malay guy, shorter than me and absolutely lighter than me..hehe.

    [09:26] Kuluk: uiks
    [09:26] Kuluk: shah
    [09:26] Kuluk: dah jadik bapa ke kome?
    [09:31] beskal_best: lom lagi la
    [09:31] beskal_best: tgh tunggu ni
    [09:31] Kuluk: bille due nye?
    [09:31] Kuluk: due date
    [09:31] beskal_best: this week kot..friday
    [09:38] beskal_best: ade mana?
    [09:39] Kuluk: lautan arab nih
    [09:39] Kuluk: abg ko de baleks ke
    [09:39] beskal_best: tgh laut ke? sempat lagi ko cetting yeaa
    [09:40] beskal_best: abg aku blk 15/9
    [09:40] beskal_best: blk nak kawen...ko tanak kawen ke?
    [09:40] Kuluk: online blake
    [09:40] Kuluk: ohw..kawen org slb gaks ke?
    [09:40] Kuluk: aku rase nk kawen gaks
    [09:40] beskal_best: tak la..kawen dgn makwe die kat sini la..
    [09:41] Kuluk: oh
    [09:41] beskal_best: bawak2 la kawen..org semayang dpt pahal 2 kali ganda dah..ko semayang pahala dpt 1 je
    [09:41] beskal_best: tu pun kalu semayang
    [09:41] beskal_best: hehe
    [09:41] Kuluk: bez nye kwen
    [09:42] beskal_best: nak kawen dgn sapa?
    [09:42] Kuluk: tuh soklan yg bijaks
    [09:43] beskal_best: bijak sgt ke soklan aku tu
    [09:43] beskal_best: hehe..kawen je la ngan sesapa..
    [09:43] beskal_best: balik la kl..ngorat awek mana2
    [09:43] beskal_best: kat sana tade ke?
    [09:44] Kuluk: keling sini
    [09:44] Kuluk: tak moh laa aku
    [09:44] Kuluk: de bau
    [09:44] beskal_best: akuk nasihatkan kau beli M3 macam al-fian tu..pastu letak lam facebook..
    [09:45] beskal_best: sure pastu rmai la nak kenen2 ngan kau...
    [09:45] beskal_best: bernas tak?
    [09:45] beskal_best: ngan aku2 skali...
    [09:45] Kuluk: M3 tuh tak sedap sgt...gegar mnyak kuat
    [09:45] beskal_best: tak payah M3 laa..ko beli je la golf GTi pun dah cukup dah..
    [09:46] beskal_best: nak masyuk lagi..Golf MkII 3.2 Super charge
    [09:46] Kuluk: haish
    [09:46] Kuluk: mahal2 sungguh keta kome nih
    [09:46] Kuluk: abg kome beli keta per?
    [09:47] beskal_best: yela..berbalai la dgn gaji ko yg berjuta2 tu
    [09:47] beskal_best: berbaloi
    [09:47] beskal_best: abg aku mana ade test kete2 ni...
    [09:47] beskal_best: test plak..taste
    [09:47] beskal_best: aku suh die beli evo..die tanak..
    [09:48] Kuluk: then, die beli per jerk?
    [09:48] beskal_best: aku suh die angkat M3 pun die tanak..ckp mahal sgt
    [09:48] Kuluk: mmg laa rrugi kalu die beli evo , nak2 de adik mcm ko nih...
    [09:48] Kuluk: time die pi kije, kat ko jugaks die tinggalkan
    [09:48] beskal_best: pastu aku suh die angkat DC5R..die nak plak
    [09:49] beskal_best: mmg la..sbb tu la aku suh die beli kete2 mcm tu..supaya aku yg bole drivenya..hahaha
    [09:53] Kuluk: recond bape DC5R, tahun bile tuh ?
    [09:54] beskal_best: 2005, NFL..
    [09:54] beskal_best: 2005/2008 2.0 i-Vtec
    [09:54] beskal_best: bih kurang 150k-170k kot
    [09:55] Kuluk: haish
    [09:56] Kuluk: mahal laa jugaks...dah laa 2 pintu jer tuh...baik civiv i-vtec jerrk
    [09:56] beskal_best: haa angkat la...
    [09:56] Kuluk: bmw/c-lass pon lagi murah
    [09:57] Kuluk: aku malas aar nak angkat, karang mak aku lenjan
    [09:57] beskal_best: tapi nasihat aku..tak payah la beli civic tu..not a chick magnet type of car
    [09:57] beskal_best: kalu niat ko nak menunjuk2 ngan makwe2..angkat bmw je..atau kete2 yang anak2 gadis kenal..hehe
    [09:57] Kuluk: ho ho ho
    [09:58] beskal_best: diaorg bkan tau pun civic tu lagi mahal harga die dari bmw e46 325 gbong tu
    [09:58] Kuluk: konfem laa anak2 gadis ittew tidak kenal DC5R
    [09:59] beskal_best: walaupun harga M3 al-fian tu tak sampai pun 250k anggaran die..tapi kalu chicks dah tgk..cair beb...gua ckp lu
    [09:59] Kuluk: die beli 270k
    [10:00] Kuluk: tapi gegar kuar seyh
    [10:00] beskal_best: time tu die beli..beli time skang ni tgk bape..hehehe
    [10:00] Kuluk: tuh laa
    [10:00] Kuluk: suspension track tuh
    [10:00] Kuluk: tapi amat laa laju
    [10:00] beskal_best: die angkut yg dah modified punye...
    [10:00] beskal_best: mmg la camtu
    [10:01] beskal_best: lagi laju dari DC5R ke?
    [10:02] Kuluk: aku rase laa...
    [10:02] Kuluk: 3.2 ...dlm 300 - 350 bhp kot
    [10:02] beskal_best: gegar tu pasal mounting die kot...
    [10:02] Kuluk: DC5R bape bhp?..
    [10:02] beskal_best:
    kete aku pun mounting dah nak kene tuka ni..

    The conversation stopped here..mana tah setan ni pegi..maybe dah kene perambat ngan supervisor die kat rig tu kot suh pegi buat keje..ntah le..

    Dream never comes true

    Saje je nak sakitkan hati diri sendiri di pagi bulan ramadhan ni..oshhh..I WANT THAT CAR!!!!!!!

    While browsing through Facebook just now, I encountered my Uni friend's page. I heard from Edan, another Uni friend. .that he drives M3. So I opened the photos section to check out for the car pictures. Selalunyee sesapa yang ade kete mahal2 ni mmg akan letak dalam facebook punye..yela, dah beli memahal mesti la kene kasi org lain tgk..terutamanya anak2 gadis..anak2 gadis kene tau sume ni..ketidak rugi beb. Anak2 gadis bile dah tgk, mule la..macam2 komen die kat situ dah macam kene sampuk dengan nude witch plak dah..mule la banyak bunyi seperti contoh.. "wah kereta baru la..bile nak bwk I jenjalan naik kete baru u tu"..paling koman pun buat comment terkejut la "Wahh!"..begitula gamaknyaa..dengan aku2 skali yang terkejut..yela jeles beb..takkan aku nak ngorat lelaki tu buat comment2 macam anak2 gadis tadi, mau di penerajangnya aku ni kang…huhu..so jeles je la yang bole pun sambil hati berkobar-kobar satu hari nanti nak beli kete tu jugak…kalu rezeki murah la..ketidak bersyukur je la dgn apa yang ada skang ni..always be grateful.

    Well, my wild guess became true, the car's pics are there..aku pun belek2 la..sambil2 tu pasang niat nak beli satu..hehe. Murah rezeki ko yea pian..Hope Allah keeps it that way until the day you die.M3, Sekadar Gambar Hiasan

    Monday, August 24, 2009

    Into 40th Weeks..

    Today my wife and I were at my parents' house for breaking the fast at Kinrara. Sahur pagi tadi macam dah okay je..tekak aku punye dilation ni dah terbukak besar gak kot..dalam 4 cm macam tu..laju je nasi masuk ke tiub esophagus aku tu headed straight to usus besar..eh ke usus kecil dulu eh, tah la, aku bkannye enrolled bio pun dlu, science pun dpt brape tah..

    Wife was having contractions since last night..kalu ikut kitab aku tu "What to expect…When you're expecting", it was a pre-birth sign..Mean it's a normal sign la..so she is on the phase one of the childbirth stages. The contractions are 30 to 45 secs long, 20 minutes apart or less. Aku pulak tak abes-abes tanye "nak pegi hospital ke?"..huhu..anyway, tomorrow she has a routine checkup at hospital. So pepandai doctor laa nak buat apa.. :)

    Despite of being nervous and all, both wifey and I dah tak saba2 nak menimang anak dah..hope everything is going smoothly as planned.

    I suppose to have a commissioning job throughout this month but I let my colleague, Far to handle it while I'm here waiting for my unborn son. The EDD is 28th Aug, this Friday. To those yang tatau EDD tu is estimated date of delivery. Btol ke? Hope Far could handle all the pressure there. Kalu tak, terpaksa la hero datang menyelamatkan keadaan. Far also is expecting a child, his wife is at fourth month of pregnancy if not mistaken..Wapek pun expecting jugak..Izham pun..Acad juga okay..mak aih ramainye yang tgh expecting dkat ofis aku tuh…but alls' EDD are early next year, around Feb and March.

    Kuat main la bebdak ofis aku ni..kahkahkah…..tu tak kire yang pempuan lagi tu..

    Sunday, August 23, 2009

    Puasa..Puasa..Puasa..

    Ramadhan comes again….marhaban..

    First time pose rumah mentua..di kuarters hospital serdang. Early breakfast (sahur) this morning at 5am, aku makan tak abes plak..rase tekak tu kecik je bukaan die..selalu tak macam ni plak!! Heran..selalu dapat je bedal semua foods yg ada atas meja tu…last month aku pose ganti sehari..okay je makan sahur pepagi bute tu..ntah laa…

    Enough that, I'm sitting here in the room, on the floor while my wife still sleeping this time, 6.16PM, together waiting to break the fast in our own style. It seems only yesterday that I wrote in here talked about ramadhan..well, I've done this again. I'm not gonna write something similar like previous ramadhan-posts. This time, I'll try to be different, at least. But the truth is I don't know what to write. Huhu..but for sure, this Ramadhan is special….

    Wife now at 39th week of pregnancy, so you know what! Anytime now, the baby will come out from the hotel uterus he stays for the last 8-9 months. Oh yaa..it's a boy, did I mentioned it? And this is the first! The emotion has taken its part now in me on preparing for my baby arrival. All the stuffs are here; stroller, carrier, pampers, shirts, pillow and all. All have been taken care of by the wife..erm some by the husband..Right honey? That's why we're at her parents' house now..nearer to the delivery room.

    Anyway, wish us luck in our journey called life, and Selamat berpuasa to all my muslim friends.