Wednesday, September 16, 2009

Jin Kene Ikat ke??

Aku hangin betul tengok ke-ignorance orang melayu ni..hangin je bile tengok iklan Jin Notti tu..yang Fara Fauzana berlakon tuu..ngan Mawi. Kat sini serba sedikit aku nak citer sket pasal Jin ni. Kalu nak lebih mendalam pi beli kaset ceramah Ustaz Ismail Kamus..Ismail Kamus memang terkenal dengan ceramah2 pasal jin ni.

Asal Usul Iblis

Dulu2 before Nabi Adam dicipta, ada satu makhluk di kalangan malaikat ni yang diberi nama Azazil. Pasal apa aku cakap makhluk, pasal Azazil ni bukan malaikat tapi dia hidup di kalangan malaikat. Kelebihan yang ada pada Azazil ini ialah pabila die menadahkan tangan untuk berdoa kepada Allah SWT, nescaya makbullah doa dia tu. Pada suatu hari, terdengarlah akan malaikat2 ini satu berita di mana akan datang nanti ada satu golongan di kalangan malaikat ini akan menderhaka kepada Allah SWT. Maka ketakutanlah malaikat semua bila mendengar berita tersebut, takut yang menderhaka itu adalah mereka sendiri. Maka semua malaikat ni pergi la berjumpa dengan Azazil untuk meminta Azazil berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada menderhaka kepada Allah. Maka berdoalah Azazil lebih kurang macam ni la "Ya Allah, Engkau jauhkanlah para malaikat ini dari menderhaka kepadaMu". Instantly, Allah perkenankan doa Azazil ni. Tapi dia lupa nak doakan untuk diri dia sendiri, maka di kala Nabi Adam dicipta di kala itu lah Azazil menderhaka kepada Allah dengan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam A.S. Maka Allah halau Azazil dan menukarkan namanya kepada Iblis laknatullah.

So, lenkali berdoa tu jangan la lupe berdoa untuk diri sendiri sekali. Cukup lah sekadar dengan membaca "Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati Hasanah Waqina A'zabannar".

Ulamak berbeza pendapat tentang Iblis ni, di mana; ada yang berpendapat Iblis ni ada satu je dan tidak akan mati sehingga hari kiamat kelak, yang mati itu cuma anak2 Iblis yang terdiri daripada jin dan syaitan. Lagi satu pendapat cakap Iblis ni banyak dan die bole mati, die beranak pinak dan mati sampai la hari kiamat baru semua sekali mati. Aku tatau mana satu pendapat yang paling kuat, tapi dua pendapat tu je la yang setakat ni aku pernah dengar. Personally aku rasa pendapat yang first tu yang paling kuat.

Anak Iblis ni terbahagi kepada 2 kategori; Syaitan dan jin. Semua syaitan adalah kafir, kompem masuk neraka nanti. manakala jin pula ada kafir dan ada islam.

Sekarang kite berbalik pada tajuk tadi.

Narrated Abu Huraira:

Allah's Apostle said, "When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained."

Source:Sahih Bukhari Vol 3, Book 31 (Fasting), No 123.

Dalam hadis di atas, ada dicakap jin? die cakap devils, kalu baca dalam bahasa arab die tulis 'shayatin' means syaitan2. Bile masa pulak jin kene ikat? mangkuk tol..kalau la jin tu kene ikat, macam mana yang islam tu nak menjalankan ibadah die terhadap Allah. Betul tak? Okay, kite tengok pulak ayat Quran ni.

Source: Al-Quran, Surah 51 (Adz-Dzariyaat), Ayat 56

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

Macam mana kalu jin kene ikat die nak beribadat kepada Allah? tak ke bengap tu sapa yang cakap jin kene ikat tu. Kalu jin kene ikat, kite pun kene ikat jugak tau patutnya. Jin ni hidup di kalangan kite je, cume kite je yang tak bole nak nampak die..pasal muke die ni buruk sangat, kalu Allah bagi mata kite ni nampak jin, manusia tak akan ade keje lain la, hari2 pengsan je sebab tengok muke jin ni. Tapi Allah tu adil, nanti dekat padang masyar nanti jin pulak tak bole nampak kite tapi kite bole nampak jin.

Ulamak sekali lagi berbeza pendapat pasal jin ni, ada yang cakap jin ni ade pembangunan, kire ade development sendiri la..ade masjid sendiri, ada bangunan sendiri kot, sekolah sendiri. Lagi satu pendapat cakap diaorg ni tade pembangunan, hidup menumpang je..kite buat masjid die menumpang la masjid kite..tu yang kekadang tengok cam ramai je orang semayang subuh tadi kat masjid, selipar kat luar tu 2 3 ketul je, tok imam satu, tok bilal satu ngan siak. Jemaah dah macam nak dekat 20 orang. Cakap pasal jin ni teringat pulak kisah aku time sekolah dulu. Nanti aku story.

Jin ni pulak bole menjelma. Bole bertukar2 wajah die. Yela, dah buruk sangat, sebab tu bole menyamar tu. Korang jangan terperanjat pulak, ntah2 jiran korang tu jin sebenarnya. Hehe. Itu yang keluar istilah toyol la, hantu raya, hantu bungkus la, pocong la. Itu semua jin punye kerja la tu nak kacau manusia. Orang melayu ni kreatif sket, jin menyamar jadi orang kecik warna hijau dipanggilnya toyol. Yang dalam iklan jin notti tu yang aku nampak diaorang cakap jin kene ikat la, masuk alam manusia la padahal jin tu hidup sama je ngan kite ni, ntah2 kat sebelah korang tu ade je yang bertenggek sekor. Hehe. Ha lagi satu, perumpamaan ni "Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia". WTF! ntah2 jin tu lagi alim dari engkorang semua tau tak..ni semua melayu punye ignorance..Melayu yang pandai2.

Bongok!!!

Footer: Teringat pulak time sekolah rendah dulu ada teka teki: Dalam banyak2 jin, jin mana yang tak kene ikat time bulan ramadhan? Sapa tau jawapan die?? hehe..

1 comment:

Mohd Khairul Ezwan said...

yg lebih bodoh adalah mawi..
Mawi yg di katakan ade aura tersendiri tue.. yg pandai agama tue.. yg boleh mengaji, azan & berzanji dgn baik.. yg mempunyai imej islamik tue... xboleh berpikir ape yg dia buat,, bodoh sungguh mereka..
ingatlah... sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia.. ngokkk...