Tuesday, September 29, 2015

Lexis Hibiscus Adhoc Getaway

Last week cuti sekolah tapi tak bawak budak-budak ke mana pun sebab gua pun baru balik rumah hari Selasa malam. Khamis dah raya haji, so tiba-tiba terfikir apa nak buat weekend tu. Gua pun bagi idea kat orang umah, apa kata kita pegi tidur satu malam dekat PD. Takde la jauh sangat, setakat 60km je dari rumah gua. Orang rumah terus bersetuju. So misi mencari hotel bermula seawal Jumaat tu..mula-mula nak pilih Avilion tapi terasa nak ada private pool, teringat ke Grand Lexis tapi pernah stay situ dulu masa dia dikenali dengan The Legend Water homes, then teringat pulak Lexis hibiscus baru bukak. Terus book through Agoda. MYR856 untuk Premium Pool Villa. Price agak mahal sebab peak season and last minute booking. Kalau weekdays maybe murah lagi dari ni. 


Lebih kurang pukul 1.30pm kami sampai di hotel. Dapat parking betul-betul depan pintu lobby. Ramai gila orang, dengan orang yang nak check outnya dan orang yang baru nak check in. Floater untuk anak-anak beli siap2 kat tepi jalan tadi. Hotel pun tak susah sangat nak cari. 





Ruang lobi hotel yang agak spacious, kaunter pun banyak untuk check in and check out. Masa check in gua request bilik yang private poolnya mengadap ke open sea, so bila mandi manda takde la menjadi perhatian orang pulak. So untuk request tu, gua kene tambah lagi MYR150, kalau tidak pasti dapat private pool yang overlooking bilik lain or laluan utama.


Sebagai contoh macam gambar di atas ni, kau boleh nampak orang mandi dekat pool dia, so rasa tak seronok, kadang-kadang boleh nampak terus ke dalam bilik tu, sebab cermin dia tak tinted but dia ada provide blind curtain, so boleh tutup bukak ikut keperluan. Nak pergi ke bilik, hotel ada menyediakan perkhidmatan buggy, sebab bilik memang jauh dari lobi.


Jom tengok gambar dalam bilik pulak. By the way kalau dari luar bilik dia nampak macam bunker or berek askar. 






Bilik nampak moden, ada dua biji king size katil. So actually bilik ni boleh muat 4 orang dewasa. Tiada karpet, semua tiles. In room entertainment ada movies. Private pool gua agak-agak dalam 1.2 meter, memang takat-takat leher anak sulung gua je. Lepas check in bilik je terus terjun pool sampai hampir ke maghrib. Tak pedulik dah jerebu semua. Ada stop kejap untuk makan and solat. Kalau buat party kat sini memang syok abes. 



Oh ya, dekat sebelah kanan pool ni actually ada bilik mandian wap air or steam room.


So, kalau dilihat gambar di atas, private pool kami mengadap ke open sea, so boleh mandi manda dengan tenang. kecuali ada orang naik boat pusing-pusing area situ la. 

Sebab kami cuma satu malam je kat situ, so aktiviti luar dikurangkan seminimum yang mungkin. Kami cuma keluar lepas maghrib untuk makan malam. Lunch pun kami room service je. Foods dia agak tak berapa sedap. Kami order nasi goreng kampung dan spagetti Bolognese dengan harga MYR66. Servis dari staff hotel pun agak kurang sikit, nampak macam kelam kabut, maybe sebab ramai orang weekend tu, tatau la. 

Lagi satu harga bilik tu tidak termasuk dengan breakfast, gua pun dapat tahu bila nak pegi breakfast keesokkan paginya. Tapi gua amik jugak breakfast untuk 2 adults dan kena bayar sebanyak MYR70. 

Kesimpulannya bagi gua bilik agak superb, macam gua cakap tadi kalau nak buat private party memang best. tapi hotel service biasa-biasa sahaja. Gua pun tatau hotel ni berapa bintang, sebab servis dia macam hotel 4 star.

No comments: