Tuesday, April 10, 2012

Nostalgia Nasi Campur

Membaca tulisan Tukar Tiub membuatkan aku nak bernostalgia juga tentang harga nasi campur. Masih lagi aku ingat ketika belajar di universiti dulu, harga nasi campur dekat 'village' kediaman aku adalah RM2. Nasi berlaukkan ayam goreng dan sedikit sayur.

Dan itu adalah sekitar tahun 2000 hingga 2003, di Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Aku tertanya-tanya, berapakah nilai nasi campur di situ sekarang?

Kini aku bekerja di Shah Alam, secara tepatnya, di kawasan Perindustrian Bukit Jelutong berhampiran TTDI Jaya. Secara puratanya harga nasi campur di sini untuk makan tengah hari adalah dalam lingkungan RM 6 hingga RM 10. Tidak pernah kurang dari RM 6. Jika keadaan berterusan begini, adakah harganya akan 'maintain'?

Baca tulisan TT di sini.

No comments: