Friday, June 13, 2014

Log Percutian: Redang Holiday Beach Villa

Bile: 2 May to 4 May 2014 (peak hour gile2)
Lokasi: Pulau Redang laa..
Participants: 8pax adults, 2 children


Actually idea percutian ni datang dari mak gua masa gua bawak diaorang pegi Singapore pasal nak amik barang-barang gua kat sana bawak balik Bangi. So seminggu before nak pegi baru gua terkontang kanting cari accommodation/package untuk 3d2n. Pulau Redang ni dah la kecik, so resort/hotel memang limited abes, tak banyak choice. Last sekali gua pegi Redang time labor day jugak, tapi time tu bujang pegi dengan kengkawan. Bole baca dekat sini:


1 May tu gua dah gerak pergi Kerteh, tido satu malam rumah adik aku yang keje dekat situ. So pepagi takde la rush sangat nak kejar ferry pukul 10.30am. 

Dalam ferry dari Jetty Shahbandar heading to Redang Island

Resort pickup service dari point of disembarkation to Resort. Resort ni paling hujung sekali. Gua tak inter frame plak.

Boat transfer to shore. Redang ni die takde jetty, kalau ade pun dekat marine park. So ferry taleh nak masuk sampai shore die pakai special purpose barge pegi shore.

Ini je la resort yang ade vacancy, itupun mase memula inquire, ade semi-D villa je..sehari lepas tu dia contact gua balik cakap ade dua standard room bole muat 4 adults per room sebab ade orang cancel booking. Gua pun grab terus. Pakej yang gua amik ni includes dinner 2 kali (satu kali bbq), lunch 2 kali and breakfast pun 2 kali. Oh minum petang 2 kali jugak. Pakej ni jugak ada snorkelling activities sebanyak 3 kali. salah satu tu die bawak pegi marine park.

Gambar-gambar sekitar bersnorkelling....


Bapak gua boleh pulak buat freediving..dah cemas mak gua tengok. Die freedived sebab nak amik anak gua punya goggle jatuh. Gua tak boleh menyelam sebab asyik nak timbul, banyak angin dalam badan. 

Tengah train anak gua supaya jadi diver



Hari kedua belah pagi gua tak ikut diaorang pegi marine park untuk snorkelling. Gua dengan adik gua pegi buat shore dive. Last time gua dive tahun 2008. dah lama sangat tak dive ni. Struggle jugak la gua nak handle buoyancy gua dalam air, dah berkarat skill diving.

visibility terbaik time2 ni..ada la dalam 15 meters visibility.

Adik gua selfie. Ni gambar sume dari GoPro die. Gua punya camera tak download lagi. Yang tengah terbaring amik gambar tu instructor.

Nampak cam power je kan!!!

Padahal...tengok la tu, tengah struggle ngan buoyancy. 

Tah apa-apa stail.

Ingat nak amik gambar macro la tu. 

Tak banyak yang bole citer la..Kalau sesapa divers yang nak datang sini jangan amik resort ni la sebab dia takde dive centre. Dive centre yang affordable ni jauh dari resorts tu. Papepun memang percutian yang refreshing before gua memula kan tugas baru di kompeni baru. 

Nilai pakej adalah seperti berikut:

RM 469 per adult (8 pax)
RM 329 per children above 2 yo (1 pax)
RM 90 per infant (1 pax)

Total RM 4171 dan selepas discount adalah RM 4050. 

Lenkali pergi time non peak hour. and booking awal-awal so ada banyak options yang lebih murah dari ni. 

No comments: